Tips
Berkongsi sedikit tentang tips memilih antivirus. Kalau anda nak tau saya sendiri masih lagi tidak menggunakan antivirus untuk laptop, tak taula kenapa mungkin saya ni tak suka laptop kesayangan aku ini di scan. Tapi tak mengapalah lupakan tentang laptop i tuu.
Bagi saya antara perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.
Bagi saya antara perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.
- Mudah penggunaannya. Perisian antivirus yang baik mestilah mudah digunakan, tanpa memerlukan kemahiran dan pengetahuan kita.
- Efektif ketika mengenalpasti virus dan sebagainya. Produk antivirus terbaik dapat mengenali data-data yang terkena virus dengan cepat, mencari dan menemukan virus pada banyak tempat, termasuk email, web browsing dan sebagainya.
- Efektif ketika membersih atau membuang file yang terkena virus. Perisian antivirus yang baik mestilah mempunyai tiga perkara asas ini, membersih, menghapus dan mengkuarantin virus dengan baik.
- Antivirus yang baik akan mengeluarkan laporan dengan segera ketika anda sedang mengimbas komputer anda, dan memberi segala maklumat terperinci tentang virus yang dikesan.
- Antivirus yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi selain daripada mengimbas virus, seperti Auto-Scan, Kesan virus ketika melayari internet dan sebagainya.
- Anti virus yang baik mudah untuk dipasang di komputer anda.
- Antivirus yang baik mestilah mempunyai 'help', untuk pertanyaan melalui telefon,email, atau chat.
- Kalau mampu cari la antivirus yang berbayar, kerana banyak antivirus berbayar yang sangat bagus.