Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris)
ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannnya ditulis menurut urutan
kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Antara penyedia laman blog yang percuma dan popular
ialah Blogger, Wordpress dan LiveJournal.
Kebaikan
Blog:
1. Perkongsian
Maklumat
Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, atau berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman web yang lain.

2. Boleh
menambah kawan
Salah satu kebaikan blog ialah
boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog
menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan member komen,
tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku
apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan
pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang
fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan
teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya.
Kadang-kadang mereka berjumpa sesame mereka untuk mengeratkan silaturrahim. Ini
antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.
3. Boleh
Menjana Pendapatan

4. Sebagai
tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk
mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau
cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung
blog sama ada positif ataupun negative. Komen yang membina dari para pengunjung
akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
Keburukan
Blog:
1.
Maklumat
Palsu
Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat
yang dipapar adalah palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang
sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers”
adalah benar. Ianya sama ada disedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya
mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog
tanpa membuat siasatan akan kesahihan maklumat tersebut. Apabila ianya telah
dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya
member impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat
palsu tersebut.
2. Alat
untuk menjatuhkan seseorang
3. Memecah
belahkan masyarakat/Negara
Sebagai rakyat yang tinggal di
dalam Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat
menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina
semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini. Isu-isu sensitif yang
melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan
dihadapi oleh masyarakat dan Negara khususnya. Isu-isu ini boleh menngguris
hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati,
dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah Negara.
4. Sebagai
alat untuk penyebaran unsur-unsur tidak bermoral
Terdapat orang perseorangan yang menggunakan blog
sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar
dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di samping itu, cerita-cerita lucah
dipaparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja ataupun
kanak-kanak, ianya memberi kesan negative kepada mereka.