Thursday, March 27, 2014

Berita atas talian: baik dan buruknya...

Pada hari ini terdapat pelbagai bahan yang kita boleh perolehi di internet antaranya blog, surat khabar atas talian dan sebagainya. antara blog yang boleh dilawati seperti blog  http://kupukupukecik.blogspot.com/ yang merupakan kepunyaan Yuyu Zulaikha yang ada kalanya memberikan info-info terkini. 






Selain itu terdapat laman web yang memberi kita info-info terkini yang pelbagai seperti laman web Oh! media laman web tersebut bukanlah lawan web surat khabar online. Namun, maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam laman web tersebut secara tidak langsung memberi maklumat kepada sesiapa sahaja yang bertandang di laman web tersebut.





Laman web ini bukan sahaja memaparkan pelbagai info dalam bahan bacaan, malah Oh! media juga menyampaikan info di radio mereka sendiri. Laman ini mempunyai radio mereka sendiri sebagai media yang menghubungkan mereka dan pembaca sekaligus pendengar. 


                    


Manakala, bagi akhbar online pula, terdapat beberapa akhbar yang boleh didapati online sperti berita harian dan harian metro. Berita-berita ini disampaikan secara online bagi seseorang yang lebih gemar membaca secara online sekaligus memberi kemudahan untuk mereka mendapatkan berita-berita terkini. 

Kelebihan berita atas talian:
  • data atau berita disimpan dan boleh sewaktu-waktu dibuka kembali / arkib.
  • mempunyai kelebihan berbanding media cetak, kerana berita yang telah dibaca telah dapat dibaca ulang kembali, tidak seperti tv dan radio yang bersifat continue dan terus mengalir.
  • boleh dibuka dan dibaca di mana saja selama ada sambungan internet (sebagai alat pendukung), hal ini sangat menguntungkan bagi orang-orang yang ingin mengetehui sebuah berita namun mereka berada ditempat yang jauh. Misalnya mereka yang berada di Malaysia dapat mengakses berita yang berada diluar negeri melalui akses internet.
  • berita atas talian akan terus berkembang dan tidak hanya terbatas pada pengguna computer kerana saat ini berita atas talian boleh diakses melalu media handphone yang mempunyai kemudahan internet.
  • media online merupakan whole package kerana selain berupa teks, juga berupa animasi terutama pada iklan video, gambar dan audio.
  • para pengguna berita atas talian dapat saling berinteraksi satu dengan yang lain dengan cara memberikan komen satu dengan yang lain.
  • menjimatkan masa dan tenaga. 
  • berita yang diperolehi tidak semestinya betul.

 Kelemahan berita atas talian:

  • untuk mengakses internet memerlukan kos yang besar.
  • kurang praktikal untuk mengakses  kerana harus selalu dihubungkan dengan internet.
  • tidak semua masyarakat dapat mempergunakan teknologi internet (contoh: masyarakat yang kurang berkemampuan)
  • bila terlalu lama membaca  berita atas talian boleh membuat mata menjadi lelah dan boleh mengalami gangguan mata.
  • reporter lebih bekerja keras kerana dikejar deadline.

Seperti yang kita sendiri lihat kebaikan dan keburukan berita atas talian ini ada baik dan buruknya. Namun, setakat ini laman web yang sememangnya memaparkan berita-berita terkini agak boleh dipercayai daripada berita-berita yang disampaikan di laman sosial yang lain. Sebagai contoh yang terbaik seperti Facebook dan Twitter. Kebanyakan orang hanya ingin memutar belitkan kita daripada fakta sebenarnya yang seterusnya akan mengelirukan kita.

Di samping itu, laman web atas talian juga memberi peluang kepada masyarakat memberi pendapat mereka tersendiri bagi sesuatu isu tersebut. Oleh itu, kita sendiri hendaklah bijak untuk membuat tindakan yang baik dan yang tidak akan memberikan kemudaratan kepada kita. Akhbar-akhbar atas talian hari ini juga memberikan peluang untuk kita memberi sebaran pendapat di ruang yang disediakan. Oleh itu, pada masa yang sama, kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan pengunjung laman tersebut.

Oleh itu, adalah sebaiknya sekiranya kita mendapat sesuatu info dari laman web yang betul-betul boleh dipercayai sebagai contohnya laman web yang sememangnya menyampaikan berita-berita terkini dan juga mempunyai hubungan dengan akhbar sendiri seperti harian metro, berita harian sinar dan akhbar-akhbar lain. Hal ini kerana, laman yang mempunyai hubungan dengan akhbar selalunya menyampaikan berita yang benar dan boleh dipercayai.

Apakah hubungan antara media baru dan identiti?



Apakah pendapat anda mengenai entry kali ini? Media baru sebenarnya boleh mengubah seseorang individu menjadi individu yang lain. Pengaruh media memberi pengaruh besar kepada perubahan identiti individu. 

Media adalah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana (Heinich,Molenda, Russell,1981).

Media baru merupakan sebuah  istilah untuk menjelaskan penumpuan antara teknologi komunikasi digital yang berkomputer serta disambung ke dalam rangkaian . Contoh dari media yang sangat mewakili media baru adalah internet. Program televisyen, filem, majalah, buku, akhbardan jenis media cetak lain tidak termasuk media baru (Flew, 2005)

Manakala identiti pula suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.







Sememangnya media bari kini memberi impak yang besar dalam membentuk identiti seseorang individu. Tambahan lagi, mereka yang sangat mengemari untuk melaya laman sosial. Ada kalanya identiti mereka berubah mengikut apa yang mereka post di laman sosial mereka seperti Twitter, Facebook, Wechat dan sebagainya laman sosial yang sangat popular pada masa kini. Ada kalanya keadaan ini memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan yang terpendam.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang akan suka mengenai post dan ada kalanya membuatkan orang annoyed. Oleh itu, walaupun tujuan kita untuk meluah perasaan tetapi kita tetap memikirkan juga situasi orang lain. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Dan, bagaimana pula bagi anda mengenai media baru yang membentuk identiti kita yang pelbagai?

Wednesday, March 19, 2014

Class Activity: friend online consumption...

 
memalui apa yang telah dibincangkan ramai rakan-rakan menggunakan pengambilan atas talian bagi memudahkan sesuatu tugsan yang diberikan. melalui pengambilan atas talian pelbagai maklumat boleh didapati. selain itu, rakan juga menyatakan berapa lama mereka akan melayari laman sosial dalam sehari. rata-rata rakan melayari laman sosial 2 jam dalam sehari. ada dalam kalangan mereka menggunakan laman sosial untuk tujuan tertentu seperti untuk mendapatkan rakan baru, untuk bersembang dengan rakan dengan lebih mudah, untuk mendapatkan kepuasan dan juga ada dalam kalangan mereka hanya suka-suka melayari laman sosial. 

alat elektronik yang mereka selalu gunakan ialah telefon pintar dan komputer riba. namun mereka lebih cenderung menggunakan telefon pintar kerana lebih mudah dibawa ke mana sahaja. ada dalam kalangan rakan menggunakan laman sosial sebagai tujuan pendidikan. hal ini kerana laman sosial sering digunakan sebagai satu egen yang mudah sekiranya ingin membuat sebarang perbincangan.

ada dalam kalangan rakan yang menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk meluahkan perasaan walaupun mereka tahu tidak semua orang akan suka dan peduli apa yang mereka luahkan. walau bagaimanapun, pada masa yang sama mereka menggunakan kemudahan yang sedia ada ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan. ada dalam kalangan rakan lebih suka bercerita di laman sosial, namun ada juga dalam kalangan mereka yang lebih suka bercerita secara bersemuka.

rakan-rakan juga ditanya adakah mereka mudah berasa bosan semasa melayari laman sosial. namun, ada juga dalam kalangan rakan yang suka melayari laman sosial selama berjam-jam. jika ditanya kepada rakan berapa laman sosial yang mereka ada, purata besarnya mereka mempunyai lebih daripada satu laman sosial. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq7WkBRwEaKeD5O2IMSEnqEQPykW0TcBMqjNuRKWqiZM1KJy9qwGfL7xYKN6tq7XFfEIzP9aieoTFoNVgnD3NAGbYDAyKduh4SNK37i_uxmhwWEOemyXydmJ61GS7HfRE8WKQAe6vj3r4/s320/laman+sosial.jpg
 
melalui entry kali ini, pada pendapat anda, adakah laman sosial benar-benar memberi manfaat kepada kita?

Thursday, March 13, 2014

TEKNOLOGI KOMUNIKASI: INTERNET SATU KELEBIHAN ATAU KEMUDARATAN

Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Kemajuan teknologi komunikasi membawa kita kepada sesuatu perubahan kehidupan yang makin bertamadun dan berpengetahuan dalam pembangunan masyarakat sejagat. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan tentang kesan teknologi komunikasi sama ada membawa kepada kemajuan ataupun kemudaratan kepada masyarakat sejagat.

Teknologi komunikasi yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memudahkan semua lapisan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas kerana penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa batasan. Menurut McLuhan, perkembangan teknologi komunikasi telah mengubah dunia. Melalui perkembangan seperti kemudahan internet, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi yang pantas  akan menyediakan  warga dunia dengan maklumat mengenai kejadian dunai dengan pantas, cekap dan tepat.  Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dalam tempoh yang singkat. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon.  Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna. 


Manfaat Internet
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat penggunaan internet kepada manusia ialah:

  1. Maklumat
  2. Alat komunikasi
  3. Hiburan
  4. Penjimatan kos dan masa.
Kesan Internet yang  Boleh Memudaratkan
Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
  1. Bebas melayari laman lucah
  2. Kurang fokus pada pelajaran
  3. Menyemai sifat malas
  4. Terdedah kepada jenayah siber
Kesimpulan
Namun disebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi ini, terselit suatu keburukan  yang jarang difikirkan oleh kita kesannya kepada pembangunan generasi kita terlalu besar kerana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. 





Wednesday, March 5, 2014

Apa yang anda paham mengenai teknologi komunikasi?


Adakah komunikasi cara ini amat penting dalam kehidupan seharian??

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
  • Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
  • Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
  • Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.




FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.



PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.

Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.


Adakah anda terlibat dengan "CMC"?

CMC merujuk kepada computer mediated communication. Kami sebagai ahli kumpulan skyway warroir ethos bersetuju bahawa kami semua terlibat dalam komunikasi ini. Hasil daripada pebincangan kami, komunikasi jenis ini telah memberi pelbagai pelbagai pengalaman kepada kami antaranya ialah melalui komunikasi ini pelbagai hubungan baru akan terjalin dan mudah untuk mendapatkan rakan baru.

Selain itu, ada juga yang berpengalaman pernah mengalami cinta siber disamping dapat meluahkan perasaan dengan ramai orang pada sesuatu masa.melalui teknologi ini juga, info yang terkini dapat diperolehi dengan pantas seterusnya menjadikan kita peka dengan isu semasa.

Walau bagaimanapun, melalui teknologi ini juga, terdapat antara ahli kumpulan yang mengalami pengalaman yang tidak berapa menggembirakan iaitu mendapat sindiran dari teman-teman dan juga terdapat antara rakan siber yang hanya untuk mengambil kesempatan dan bukannya ikhlas untuk berawan.

Berhubung dengan pengalaman-pengalaman yang telah kami alami, kami mengaitkan dengan salah satu teori yang telah kami pelajari iaitu media present teory. Teori ini telah dihasilkan daripada Short, William, dan Cristie (1976). Teori ini bersetuju bahawa pelbagai komunikasi media adalah berbeza dalam kapasiti mereka untuk menghantar kelas komunikasi bukan lisan.

Teori ini lebih kepada double meaning ataupun terdapat makna tersirat yang disampaikan dalam mesej.Sebagai contohnya ialah ayat ataupun perkataan yang berbentuk sindiran. Walaupun rakan kita membuat pujian seperti "awak cantik, awak baik, awak hebat", namun pada masa yang sama ungkapan tersebut boleh menjadi salah satu sindiran ataupun sememangnya pujian.

Selain itu, salah satu pengalaman kami yang boleh dikaitkan ialah, apa yang kita luahkan di laman sosial adalah sekadar luahan. Namun, rakan siber tidak akan mungkin memahami perasaan sebenar yang dilalui kita pada saat itu. Dalam hal ini F2F ataupun face to face adalah satu kaedah komunikasi yang paling berkesan berbanding dengan CMC. Hal ini boleh dilihat sendiri apabila kita berkomunikasi dengan rakan secara berdepan, maka kita boleh mengetahui perasaan rakan yang sebenar pada masa itu. Disamping kita dapat melihat sendiri adakah apa yang rakan anda luahkan itu ikhlas ataupun sindiran semata-mata.

Ini adalah pendapat kami, bagaimana pula dengan anda??