Wednesday, March 5, 2014

Apa yang anda paham mengenai teknologi komunikasi?


Adakah komunikasi cara ini amat penting dalam kehidupan seharian??

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
  • Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
  • Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
  • Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.




FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.



PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.

Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.


15 comments:

  1. teknologi komunikasi ini merupakan sebuah teknologi yang digunakan untuk kita berkomunikasi... pada abad-21 ini, komunikasi menggunakan teknologi merupakan perkara yang sangat penting dan harus ada. contohnya facebook, wechat, twitter dan sebagainya.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga berpendapat perkara yang sama. bagi saya teknologi adalah satu alat yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan satu sama lain dengan lebih mudah dan cepat. teknologi dalam komunikasi yang digunakan pada hari ini adalah sangat meluas. bukan sahaja dari segi komunikasi, malah dalam semua aspek kehidupan hari ini kebanyakannya menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. teknologi juga adalah satu yang perkara yang sangat penting pada hari ini. malah masyarakat mengukur tahap kemajuan masing-masing melalui teknologi yang mereka gunakan.

      Delete
    2. betul2,,sebagai contoh dapat kita lihat negara Jepun yang maju dari segi teknologinya.

      Delete
    3. ada betulnya teknologi amat penting untuk kita berkomunikasi, namun bagi saya dan sejujurnya saya rasakan tidak perlu lah setiap orang mempunyai begitu banyak akaun untuk berkomunikasi. kerana kadang kala apabila terlalu banyak akaun yang digunkan untuk berkomunikasi, ini boleh memudaratkan seseorang itu. dan bagi saya, cukup lah dengan ada nya akaun facebook sahaja.

      Delete
  2. bagi mengaitkan teknologi dengan komunikasi, pada dunia hari ini teknologi yang melibatkan komunikasi adalah sangat penting. hal ini kerana, di zaman yang semakin sibuk pada hari ini, semua orang inginkan sesuatu yang cepat dan mudah. oleh itu, dengan adanya teknologi, boleh membantu manusia dari aspek keperluan hidup mereka twrutama sekali dari segi komunikasi.

    ReplyDelete
  3. Kemajuan yang wujud di era ini telah menyebabkan kita makin bertamadun dan berpengetahuan. Segala-galanya telah menjadi semakin mudah dengan kewujudan teknologi. Perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat. Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Secara umumnya, teknologi komunikasi merupakan aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.Contohnya dengan terdapatnya komunikasi telefon dan penggunaan internet telah membuatkan masyarakat lebih peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling dengan lebih cekap. Penggunaan komunikasi telefon dan internet boleh memudahkan lagi dari segi menghantar maklumat-maklumat penting kepada seseorang walaupun beliau berada di tempat yang jauh. Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana hendak mengadaptasikan teknologi komunikasi ini kepada dirinya.Terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mencorakkan teknologi komunikasi itu supaya menjadi lebih baik dan untuk kesenangan kita di masa hadapan. Tq :)

    ReplyDelete
  4. Communication technology refers to electronic systems used for communication between individuals or groups. It includes any communication device or application such as mobile phone, fax, e-mail, radio and television.
    And, I'm agree with this kind of communication is very important to people nowadays. People are more depends to communication technology than face to face communication because it is convenient to communicate with each other without worry about the distance between them. The most important is, it can always connected to the people who they want to relate.

    ReplyDelete
  5. Based on my understanding,communication technology is a medium in a plain language that refers to the gadgets which connected everyone in a very rapid way from all over the world.It extended to spread an information within seconds. As an individual, the communication technology is the better,faster and on-time to be in touch with our family,friends, and anyone that has electronic communication capabilities.

    ReplyDelete
  6. Our world today has changed a great deal with the aid of communication technology. Things that were once done manually or by hand have now become computerized operating systems, which simply require a single click of a mouse to get a task completed. Now wit the aid communication technology our life become much easier but yet there is disadvantage of usage of technology in our daily life. For example, simple messages are sent everyday through text, email, or online chats that are misunderstood because of the lack of body language and tone of voice that we lose with communicating through technology. It affects relationships, friendships, or even just understanding a simple set of directions.

    ReplyDelete
  7. It is very true that with the existence of technology, the process of communication becomes easier and more flexible. Besides of that, communication technology is the activity of designing, constructing and maintaining communication systems. This is information and communications technology, and includes any communication device or application such as radio and television. Any complicated process can be way easier with the use of technology. In the other hand, technology also can be as disastrous as how it is beneficial to us, if it is being used in the wrong manner or by the wrong mean.

    ReplyDelete
  8. Menurut pemahaman saya teknologi komunikasi adalah sesuatu teknologi yang membantu kita untuk lebih mudah untuk berkomunikasi samada komunikasi jarah dekat atau jauh. Dengan adanya teknologi komunikasi ini kita dapat berhubung tanpa batasan. Bagi saya teknologi komunikasi penting dalam kehidupan kita kerana pada masa kini teknologi komunikasi banyak digunakan dalam sebarang bentuk aktiviti samada dalam pembelajaran, pekerjaan, berkomunikasi dengan keluarga atau rakan-rakan dan sebagainya. penggunaan teknologi komunikasi bergantung kepada setiap individu sekiranya ia menggunakannya kearah kebaikan ia memberi kesan kebaikan sekiranya menggunakan kearah keburukan ia akan memberi kesan buruk.

    ReplyDelete
  9. Pada pandangan saya, teknologi komunikasi merujuk kepada alat yang membantu seseorang individu itu untuk berkomunikasi dengan insan yang lain. Seperti telefon sebagai contohnya yang memberi pelbagai manfaat kepada penggunanya. Namun, dek kemodenan yang manusia alami kini telah membolehkan mereka untuk mula berhubung antara satu sama lain dengan begitu mudah. Dengan adanya teknologi komunikasi ini membolehkan kita untuk berhubung tanpa batasan, segala-galanya berada dihujung jari kita. Segala maklumat yang ingin diakses boleh dicapai dalam masa yang begitu singkat. Dunia pada hari makin moden ,pelbagai gadget mula timbul demi hari ke hari. Dalam erti kata lain, ianya mampu memberikan suatu impak kepada si pengguna.

    ReplyDelete
  10. teknologi komunikasi merupakan alat untuk berkomunikasi atau berinteraksi. teknologi komunikasi bukan sahaja alat untuk berkomunikasi atas tujuan bersosial, malah digunakan untuk berkongsi maklumat, memproses data, melakukan bisnes, pendidikan dan sebagainya. oleh itu, teknologi komunikasi sangat diperlukan bagi memudahkan aktiviti harian. tanpa teknologi seperti ini, kehidupan akan menjadi agak sukar dan banyak aktiviti tidak dapat dilakukan dengan cepat sebaliknya mengambil tempoh masa tertentu untuk disampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju teknologi komunikasi bukan sahaja alt berkomunikasi atau tujuanbersosial, tetapi juga digunakan untuk tujuan yang lain. Teknologi komunikasi dapat membantu melahirkan lebih banyak tenaga-tenaga profesional teknologi komunikasi sebab masyarakat dunia semakin bergerak dan berevolusi menuju ke sebuah tatanan baru yang dikenal
      sebagai era informasi atau masyarakat informasi.

      Delete