Thursday, March 13, 2014

TEKNOLOGI KOMUNIKASI: INTERNET SATU KELEBIHAN ATAU KEMUDARATAN

Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Kemajuan teknologi komunikasi membawa kita kepada sesuatu perubahan kehidupan yang makin bertamadun dan berpengetahuan dalam pembangunan masyarakat sejagat. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan tentang kesan teknologi komunikasi sama ada membawa kepada kemajuan ataupun kemudaratan kepada masyarakat sejagat.

Teknologi komunikasi yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memudahkan semua lapisan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas kerana penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa batasan. Menurut McLuhan, perkembangan teknologi komunikasi telah mengubah dunia. Melalui perkembangan seperti kemudahan internet, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi yang pantas  akan menyediakan  warga dunia dengan maklumat mengenai kejadian dunai dengan pantas, cekap dan tepat.  Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dalam tempoh yang singkat. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon.  Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna. 


Manfaat Internet
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat penggunaan internet kepada manusia ialah:

  1. Maklumat
  2. Alat komunikasi
  3. Hiburan
  4. Penjimatan kos dan masa.
Kesan Internet yang  Boleh Memudaratkan
Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
  1. Bebas melayari laman lucah
  2. Kurang fokus pada pelajaran
  3. Menyemai sifat malas
  4. Terdedah kepada jenayah siber
Kesimpulan
Namun disebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi ini, terselit suatu keburukan  yang jarang difikirkan oleh kita kesannya kepada pembangunan generasi kita terlalu besar kerana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. 





20 comments:

  1. ye..tidak dapat dinafikan bahawa internet merupakan teknologi yang paling canggih pada masa kini. kerana dengan internet, kita dapat melakukan semua pekerjaan. malahan budak-budak sekolah rendah juga sekrang menggunakan internet untuk mencari bahan pelajaran. namun, penggunaan internet yang tiada had akan memberikan keburukan kepada diri kita. sebagai contoh, mungkin pelajar sekolah menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan namun begitu, dalam masa yang sama, mereka juga akan mula untuk bermain permainan yang berada di internet. ini akan menyebabkan mereka leka. kerja yang perlu disiapkan tidak dapat lagi siap dek kerana leka terhadap permainan. selain itu juga, saya merasakan dengan penggunaan internet akan menyebabkan bahan cetakan tidak diutamakan lagi. ini kerana, kita sudah dapat membaca sesuatu melalui internet. kesimpulan yang dapat saya berikan adalah, intertnet merupakan satu teknologi yang bagus namun begitu, kita harus memanfaatkan teknologi tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Buat masa kini, bahan bacaan yang diedarkan di sekolah semakin kurang ini disebabkan guru faham bahawa anak muridnya amat peka kepada bahan pelajaran di internet. Jadi, guru cuba bagi alamat laman web yang murid perlu layari untuk mencari bahan rujukan serta latihan. Tetapi, buat bagi saya walaupun teknologi maju tapi kita haruslah memberi bahan bacaan yang bercetak supaya pelajar dapat bermanfaat dengan sepenuhnya. Ini juga dapat membantu murid untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin tanpa leka .Disamping, kita juga perlu memberi sokongan kepada penerbit dan bahan terbitannya sebagai mana telah kita mengenalinya buat selama ini.

      Delete
  2. Ya. Saya juga setuju bahawa internet ini telah membawa banyak kebaikan kepada dunia hari ini. Sebagai contoh, kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 merupakan isu utama di dunia hari ini, dengan bantuan internet ini, kita boleh mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas kerana penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa batasan. Dalam hal ini, kita tidak akan terlepas daripada maklumat yang telah dikemaskini seperti isu MH370 dan dapat dicapai dengan mudah dalam tempoh yang singkat. Namun begitu, internet juga boleh disalahgunakan sebagai alat penyebaran berita yang tidak benar kepada masyarakat. Contohnya, MH370 disebarkan bahawa telah ditemui di sesuatu tempat tetapi hakikatnya ia masih tidak ditemui lagi, ataupun pengguna menulis pelbagai spekulasi di internet dan ini menyebabkan warga internet salah faham tentang perkembangan isu tersebut. Selain itu, pengguna juga menulis isu yang sensitif seperti kelemahan kerajaan dalam menangani masalah MH370 di internet dan ini juga akan mencemarkan reputasi negara kita dengan secara tidak langsung. Oleh itu, sebagai pengguna haruslah menggunakan internet ini dengan cara yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with your statement... Sebenarnya dalam isu MH370 INI dapat kits lihat pelbagai maklumat yang telah disebarkan kepada setiap kelompok masyarakat dunia.. Kadang Kala kits tidal sedar sebenarnya perbuatan kita sedang dilihat oleh seluruh dunia. Sebagai individu yang prihatin janganlah kita menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sedia Ada kerana ada kemungkinan besarnya akan turut menyinggung hati perasaan individu yang lain.DAlam hal ini terdapat juga beberapa agenda asing yang turut mempengaruhi Minda masyarakat setempat dalam prose's penerimaan dan penyebaran maklumat .

      Delete
    2. Yes. Chai yen that is so true. Nowadays people just feel so comfort in using internet to spread speculation. These can be obviously seen through the issues of MH370. I'm not sure what and why certain community are so much interested to spread the unreal story. I'm not sure what they are benefited on that. Isn't they seek for popularity? I don't think they will become famous on spread an unreal story moreover they just spoiled of their own reputation.Besides, they may speculate, and they may criticism the speculation of others. But i think you don't need to make the clumsy mistake of undermining what may be a valid criticism by overselling your point in a way that's inaccurate and entirely dishonest. This is only based on my own arguments towards the speculator.

      Delete
    3. I do agree with u Maleenee. Regarding MH370, there are so many speculation and rumors spreading around. When we thinking about that, the internet has been used a medium to spread it over. As we can see today, the media itself already announced to stop spreading rumors because obviously it reaching too fast to the users as well as giving negative impact to the victims family.

      Delete
  3. kebanyakkan pengguna mempunyai masalah untuk mengawal penggunaan internet dengan cara yang betul. sekiranya digunakan dengan cara yang betul, banyak manfaat yang akan terjadi. penggunaan internet dengan cara yang betul akan meningkatkan produktivitii dan meningkatkan lagi kemahiran diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekiranya kita menggunakan internet dengan cara yang betul, kita akan dapat meningkatkan kemahiran diri namun dalam masa yang sama jangan terlalu bergantung kepada internet.

      Delete
    2. Apabila kita berbincang mengenai meningkatkan kemahiran diri, saya berasa ianya amat sesuai dengan perlakuan kanak-kanak pada zaman sekarang. Dengan penggunaan internet yang tanpa had, kanak- kanak dapat mempelajari pelbagai jenis kemahiran. Sebagai contoh, mereka dapat membaca dan menghafal sesuatu perkataan dengan begitu cepat. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari cara penggunaan komputer dengan melayari internet.

      Delete
  4. Pendek kata segala-galanya terletak pada kemahuan diri sendiri dalam mengawal segala tingkah laku ketika mula (peringkat pertama) untuk menggunakan kemudahan atau mengakses internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan anda. Kalau kita tidak guna internet dengan berfaedah akan menjejaskan penggunnan internet kepada kita. Then we as adult should haiwan very strong self discipline, or manage to allocate our time so we can access on internet by full advances.

      Delete
    2. ye..pendek kata semua keputusan berada dalam tangan kita. jika kita menggunkan teknologi untuk kebaikan, ia akan memberi kebaikan dan jika ia disalah gunakan, ia akan menjadi sebaliknya.

      Delete
  5. saya jug berpendapat sama. bagi saya, internet itu adalah satu kemudahan, oleh yang demikian ia merupakan salah satu kelebihan yang telah diberikan kepada kita sebagai kegunaan untuk memudahkan segala kerja yang memrlukan internet untuk memperolehi sesuatu. walau bagaimanapun, internet ini memberi keburukan kepada manusia yang tidak menggunakannya untuk tujuan yang boleh. telah banyak contoh yang kota lihat pada hari ini yang menunjukkan penggunaan internet yang salah dalam kalangan masyarakat, malah menjadi lebih teruk apabila ia menjadi satu kes jenayah yang berbahaya.

    ReplyDelete
  6. menurut pendapat saya internet memberi kemudahan dan kemudaratan kepada kita, penggunaan internet bergantung kepada kita sekiranya kita menggunakan internet secara betul dan bertujuan baik ia akan memberi kemudahan kepada kita contohnya seperti memudahkan kita untuk memperoleh maklumat, mengetahui isu semasa dan sebagainya. sekiranya kita menggunakan internet dengan tujuan yang tidak elok ia akan memudaratkan kita sebagai contoh ia akan menyebabkan kita leka, pelajaran terabai, membuang masa dan lain- lain lagi. penggunaan internet bergantung kepada setiap individu dan ia akan memberi kemudahan sekiranya ia digunakan secara betul dan akan memberi kemudaratan sekiranya ia digunakan secara salah.

    ReplyDelete
  7. Teknologi komunikasi yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Daripada kemajuan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada manusia kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul teknologi sekarang memudahkan kita untuk mendapat maklumat dengan mudah dan cepat. namun seperti mana yang dikatakan saudara, jika kita salah menggunakan nya ia akan menjadi satu keburukan kita. tidak dapat dinafikan pada masa kini, pelajar sekolah juga sudah pandai untuk melayari internet. dan pada umur sebegitu lah nafsu mereka membuak-buak untuk melayari seseuatu yang tidak sepatutnya. ini akan meninggalkan kesan dan pengaruh ke dalam diri mereka.

      Delete
  8. kita semua tahu bahawa dewasa ini kemudahan internet diperlukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti atau kerja. liputan internet semakin luas pada hari ini, malah sudah banyak kawasan pendalaman yang dapat mengakses internet. internet merupakan satu kelebihan jika kita tidak menyalahgunakannya. internet membantu dalam banyak perkara bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan orang lain tetapi turut memudahkan kita mencari maklumat serta mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. pengunaan internet juga menjimatkan kos dan juga masa. Internet akan memudaratkan jika kita tidak pandai menguruskan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Internet disediakan bukan untuk kita mencari perkara yang tidak sepatutnya. Kita juga perlu pandai membahagikan masa menggunakannya. kita tidak sepatutnya menghabiskan masa menatap komputer sebagai contohnya dan lupa untuk melakukan aktiviti luar. ini boleh menyebabkan kita tersisih daripada masyarakat dan keadaan di luar. kita hanya akan hidup dalam dunia sendiri dan tidak ambil tahu apa yang terjadi di sekeliling kita.pada masa yang sama, hal ini juga boleh menjejaskan kesihatan kerana kita tidak melakukan aktiviti luar seperti bersenam, bersukan dan sebagainya. semuanya bergantung kepada cara kita menguruskan dan memanfaatkan penggunaan internet.

    ReplyDelete
  9. Yes. Internet do have it's own advantages and disadvantages. The advantages of internet is that you have basically the world at your fingertips. The information spread within seconds.Besides of that, those days any pay bills we have to made it directly to the counter branch but in today's I.T world in order to save time and energy, we can clear the bills through internet banking which is more sufficient ,fast and easy. Moreover, you can even work and purchase something from home. All due to the advancement of internet. There are so much information can be access through internet. On the other hand, there do have disadvantages which is cause by hackers, spam, scam and etc. Therefore, internet can also lead people to negative influence such as fake email ad spread unreal story on social networking. So, we cannot simple belief all those speculations. It may harm or destroyed your personality or reputations.In a nutshell, we have to know the proper way of using internet and do not take internet usage for granted.

    ReplyDelete
  10. In my opinion, Internet can be described as a best medium to access information and almost every subject imaginable with it. It also consists of powerful search engines which produce complete information. We are able to do research from home rather than visiting research libraries. It contains information at various levels of study and even information about every field. Everything from scholarly articles and journal to ones directed at children can be found easily while surfing internet. It have used as medium to board messages where people can discuss ideas on any topic. However it has a negative part also whereby there are predators that hang out on the internet waiting to get unsuspecting people in dangerous situations such as pornography edited images. Sometimes, even some people are getting addicted to the internet and thus causing problems with their interactions of friends and loved ones. So, it directly affects relationship and then creates conflict between each other. As a nutshell, there unlimited advantages and disadvantages on using the internet. So, it always depend to the user how we make use of it, if we use it correct way then we will get benefit as simple as that.

    ReplyDelete
  11. Internet merupakan satu keperluan pada msa sekarang. banyak sumber yang boleh diperolehi dalam laman internet. contoh, resepi masaakan, surat khabar dan sebagainya.

    ReplyDelete