Thursday, March 27, 2014

Berita atas talian: baik dan buruknya...

Pada hari ini terdapat pelbagai bahan yang kita boleh perolehi di internet antaranya blog, surat khabar atas talian dan sebagainya. antara blog yang boleh dilawati seperti blog  http://kupukupukecik.blogspot.com/ yang merupakan kepunyaan Yuyu Zulaikha yang ada kalanya memberikan info-info terkini. 






Selain itu terdapat laman web yang memberi kita info-info terkini yang pelbagai seperti laman web Oh! media laman web tersebut bukanlah lawan web surat khabar online. Namun, maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam laman web tersebut secara tidak langsung memberi maklumat kepada sesiapa sahaja yang bertandang di laman web tersebut.





Laman web ini bukan sahaja memaparkan pelbagai info dalam bahan bacaan, malah Oh! media juga menyampaikan info di radio mereka sendiri. Laman ini mempunyai radio mereka sendiri sebagai media yang menghubungkan mereka dan pembaca sekaligus pendengar. 


                    


Manakala, bagi akhbar online pula, terdapat beberapa akhbar yang boleh didapati online sperti berita harian dan harian metro. Berita-berita ini disampaikan secara online bagi seseorang yang lebih gemar membaca secara online sekaligus memberi kemudahan untuk mereka mendapatkan berita-berita terkini. 

Kelebihan berita atas talian:
  • data atau berita disimpan dan boleh sewaktu-waktu dibuka kembali / arkib.
  • mempunyai kelebihan berbanding media cetak, kerana berita yang telah dibaca telah dapat dibaca ulang kembali, tidak seperti tv dan radio yang bersifat continue dan terus mengalir.
  • boleh dibuka dan dibaca di mana saja selama ada sambungan internet (sebagai alat pendukung), hal ini sangat menguntungkan bagi orang-orang yang ingin mengetehui sebuah berita namun mereka berada ditempat yang jauh. Misalnya mereka yang berada di Malaysia dapat mengakses berita yang berada diluar negeri melalui akses internet.
  • berita atas talian akan terus berkembang dan tidak hanya terbatas pada pengguna computer kerana saat ini berita atas talian boleh diakses melalu media handphone yang mempunyai kemudahan internet.
  • media online merupakan whole package kerana selain berupa teks, juga berupa animasi terutama pada iklan video, gambar dan audio.
  • para pengguna berita atas talian dapat saling berinteraksi satu dengan yang lain dengan cara memberikan komen satu dengan yang lain.
  • menjimatkan masa dan tenaga. 
  • berita yang diperolehi tidak semestinya betul.

 Kelemahan berita atas talian:

  • untuk mengakses internet memerlukan kos yang besar.
  • kurang praktikal untuk mengakses  kerana harus selalu dihubungkan dengan internet.
  • tidak semua masyarakat dapat mempergunakan teknologi internet (contoh: masyarakat yang kurang berkemampuan)
  • bila terlalu lama membaca  berita atas talian boleh membuat mata menjadi lelah dan boleh mengalami gangguan mata.
  • reporter lebih bekerja keras kerana dikejar deadline.

Seperti yang kita sendiri lihat kebaikan dan keburukan berita atas talian ini ada baik dan buruknya. Namun, setakat ini laman web yang sememangnya memaparkan berita-berita terkini agak boleh dipercayai daripada berita-berita yang disampaikan di laman sosial yang lain. Sebagai contoh yang terbaik seperti Facebook dan Twitter. Kebanyakan orang hanya ingin memutar belitkan kita daripada fakta sebenarnya yang seterusnya akan mengelirukan kita.

Di samping itu, laman web atas talian juga memberi peluang kepada masyarakat memberi pendapat mereka tersendiri bagi sesuatu isu tersebut. Oleh itu, kita sendiri hendaklah bijak untuk membuat tindakan yang baik dan yang tidak akan memberikan kemudaratan kepada kita. Akhbar-akhbar atas talian hari ini juga memberikan peluang untuk kita memberi sebaran pendapat di ruang yang disediakan. Oleh itu, pada masa yang sama, kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan pengunjung laman tersebut.

Oleh itu, adalah sebaiknya sekiranya kita mendapat sesuatu info dari laman web yang betul-betul boleh dipercayai sebagai contohnya laman web yang sememangnya menyampaikan berita-berita terkini dan juga mempunyai hubungan dengan akhbar sendiri seperti harian metro, berita harian sinar dan akhbar-akhbar lain. Hal ini kerana, laman yang mempunyai hubungan dengan akhbar selalunya menyampaikan berita yang benar dan boleh dipercayai.

14 comments:

  1. Pada pendapat saya.. Berita atas Talian ini hampir kebanyakan daripadanya merupakan input dan maklumat yang kurang tepat untuk pembaca..hal ini kerana terdapat pelbagai spekulasi yang cuba ditimbulkan oleh si penulis untuk menarik minat sesetengah pihak atau golongan pembaca yang lain untuk membaca entry tersebut.. Namun tidak dapat dinafikan bahwa berita atas talian ini sedikit sebanyak membantu dalam menyampaikan maklumat tertentu dalam komuniti masyarakat setempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.That true ain. Online news cannot be fully trusted because as long i knew online news spread the information of certain issues based on people's opinion purposely to influence the public. Maybe the real sources that the reporter had found is too limited therefore they tried to added some interesting statement in order to seek public interest.

      Delete
  2. In my opinion, online news is produce in multiple ways as it concern to multimedia features for example usage of videos, audios and pictures. Even though, online news can access anytime and anywhere but there are some disadvantages that we have to discuss seriously. First of all, the accessibility which cost too much. As usual, we as a customer need to pay for the subscription. Then it could cause clattering in our home. Whereas we can just buy a newspaper which cost RM1.50 and it is convenience since we can carry it anywhere we want to read them, in your room, garden, patio while drinking your morning coffee, or in the comfort of your bed. Third, it’s you can recycle newspapers, you can use it to wrap something, cover something, burning materials, or you can make a bag out of it. Secondly, there are so many speculation when we accessing to online news and even sometimes it can affect others for example issue MH 370. There are so many fake data until it is already alarm to be off it.

    ReplyDelete
  3. Based on my observation through online news, there has multiple news sources far compare to printed newspaper. Online news is an alternative media outlet that unable to access news within seconds. Even though printed newspaper become the mainstream source of news spreading but still nowadays people tend to seek for the easiest ones. Sometimes, certain online news input speculation or unreal sources but still there has more online new website which provide with short and simplified new either local nor international news.Basically, for those who are regular news reader there more interest on spending on buying daily newspaper, they even likes to keep for collection. But still certain group of reader like to go for online articles which can be access rapidly and worldwide news is just within their fingertips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I totally agree with you maleenee on the point which you say that the sources of news. Online news has many options compared with printed news but when it comes to the matter of believing & evaluating the news that we read, we must lie upon the source that has the most concrete rational and reasons behind it. :)

      Delete
    2. Ya, I agree with you too. For me, I didn't buy newspaper but everyday I read online news. It's very easy to get and it will automatically update when there is latest news for 24 hours even the online are not in full article but it highlight the important point.

      Delete
  4. Well, focusing on the discussion. Online news: good or bad? In my perspective, in today's society it is definitely a 'time saver' which is a good thing as we are chasing the time in most of our daily base activities. Besides of that, the fairness of online news is that it is also a tool that keeps us up-to-date. Which means, even the very latest incident that occurs in any corner of the world can be found at our finger tip just by a single click as its easy to access at many points during the day. Instant breaking news updates makes the online newspapers more attractive to the readers. Additionally, it's more environmentally friendly than getting a printed newspaper. Contra to that, online news also can be 'bad' in the angle of vast information provider. As more and more information about a specific matter is being thrown out, conflict of information might take place.Furthermore, when it comes to online news reading it is crucial to identify the right source of the news provider. For instance the saddening news of MH 370. Tonnes and tonnes of news are all over the net from various people all over the country, leaving their very own personal opinion. It this case, as a reader w must think critically and analyze every piece of news we are reading before we thoroughly spread them to others. Therefore, I believe that there are always a pro and con in every matter that we tend to discuss. Personally, i agree that online news is good and make way to a better and easier life :) .

    ReplyDelete
  5. In my opinion, I'm prefer to read news through online way. Because it is an easy way to get latest information which is save time and money rather than to buy a newspaper. Besides, online news can know earlier before the newspaper print out or spreads by next day morning. However, as a netizen, we should think critically and analyze every news such as the sources of news, and the truth of news before we spread them to others. This is because if that news is an untruth news, the other reader who is irrational too maybe will spread it with widely. Then, it will come out with various speculations and make the people confuse. Therefore, online news can give benefit to people but also can make people get the wrong information. Last but not least, it is all depend on the critical thinking of readers.

    ReplyDelete
  6. Berita atas talian sememangnya sedikit sebanyak membantu kita mendapatkan info terkini dengan lebih cepat. Akan tetapi, kita perlulah memastikan berita yang kita baca adalah daripada sumber yang tepat. kita tidak seharusnya percaya dengan sewenang-wenangnya dengan berita yang dilaporkan. Kita perlu tahu bahawa ada sesetengah pihak yang menokok tambah sesuatu berita. Ini menyebabkan keaslian berita tersebut terjejas.

    ReplyDelete
  7. Menurut pemahaman saya berita atas talian banyak memberi kebaikan ini kerana berita yang di sampaikan cepat daripada surat khabar ataupun televisyen hal ini kerana apa uyang berlaku di sekeliling kita terus dapat diketahui dalam masa yang singkat. selain itu juga berita atas talian juga membantu kita menambah ilmu pengetahuan yang selama ini kita tidak ketahui dan kadang kala apa yang disebarkan boleh dijadikan bahan rujukan. walaubagaimanapun berita atas talian kadang kala memberi keburukan iaitu apa yang disampaikan tidak tepat dan kadang kala ia memberi kesan kepada pembaca bukan itu sahaja ia turut menyebabkan orang ramai keliru dengan apa yang disampaikan samada ia benar atau tidak.

    ReplyDelete
  8. Maklumat yang terkandung di dalam akhbar secara online ini boleh diakses secara percuma. Pembaca hanya perlu menekan segmen atau topik mana yang ingin mereka baca. Penyampaian berita secara elektronik ini memang dapat memberikan banyak bantuan, untuk mereka yang perlukan maklumat terkini untuk diakses di samping menjadi keperluan kognitif manusia. Kelebihan berita secara online adalah berita masih boleh dikemaskinikan dan penambahan berita-berita secara berterusan. Malahan, berita secara online yang berbentuk multimedia turut membekalkan maklumat sokongan dalam bentuk audio dan video. Namun begitu, tidak semua maklumat yang disampaikan adalah benar kerana penulis akan memutar belitan fakta yang sebenar. Tindakan sebegini bertujuan untuk menarik minat pembaca yang akhirnya mempengaruhi fikiran sehingga akan mewujudkan tanggapan dan perpektif yang negatif terhadap pihak lain dan sebaliknya. Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlu menilai terlebih dahulu nilai dan kandungan sesuatu berita untuk mengelakkan persepsi yang negatif. Sekian terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  9. saya juga berpendapat bahawa berita diatas talian ini memberikan lebih kelebihan kepada pembaca. namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil berat terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan dan mempercayai bulat-bulat apa yang kita baca. setiap berita yang kita perolehi di atas talian hendaklah dari sumber-sumber yang kita boleh percayai seperti mempunyai hubungan dengan sesuatu akhbar ataupun apa-apa yang berkaitan dengan media yang digunakan sebagai penyampai maklumat.

    ReplyDelete
  10. kebanyakkan remaja sangat suka atau lebih mempercayai berita atas talian. bagi remaja, berita atasa talian merupakan satu berita yang tepat dan sahih. mereka merasakan berita atas talian merupakan sesuatu yang sangat penting sehingga mereka kurang percaya berita yang disampaikan dalam tv dan radio.

    ReplyDelete
  11. berita online memudahkan kita untuk mengetahui sesuatu hal dalam masa yang singkat. namun begitu harus diingat kadang -kala berita online ini banyak juga yang ditokok tambah..

    ReplyDelete