Wednesday, March 5, 2014

Adakah anda terlibat dengan "CMC"?

CMC merujuk kepada computer mediated communication. Kami sebagai ahli kumpulan skyway warroir ethos bersetuju bahawa kami semua terlibat dalam komunikasi ini. Hasil daripada pebincangan kami, komunikasi jenis ini telah memberi pelbagai pelbagai pengalaman kepada kami antaranya ialah melalui komunikasi ini pelbagai hubungan baru akan terjalin dan mudah untuk mendapatkan rakan baru.

Selain itu, ada juga yang berpengalaman pernah mengalami cinta siber disamping dapat meluahkan perasaan dengan ramai orang pada sesuatu masa.melalui teknologi ini juga, info yang terkini dapat diperolehi dengan pantas seterusnya menjadikan kita peka dengan isu semasa.

Walau bagaimanapun, melalui teknologi ini juga, terdapat antara ahli kumpulan yang mengalami pengalaman yang tidak berapa menggembirakan iaitu mendapat sindiran dari teman-teman dan juga terdapat antara rakan siber yang hanya untuk mengambil kesempatan dan bukannya ikhlas untuk berawan.

Berhubung dengan pengalaman-pengalaman yang telah kami alami, kami mengaitkan dengan salah satu teori yang telah kami pelajari iaitu media present teory. Teori ini telah dihasilkan daripada Short, William, dan Cristie (1976). Teori ini bersetuju bahawa pelbagai komunikasi media adalah berbeza dalam kapasiti mereka untuk menghantar kelas komunikasi bukan lisan.

Teori ini lebih kepada double meaning ataupun terdapat makna tersirat yang disampaikan dalam mesej.Sebagai contohnya ialah ayat ataupun perkataan yang berbentuk sindiran. Walaupun rakan kita membuat pujian seperti "awak cantik, awak baik, awak hebat", namun pada masa yang sama ungkapan tersebut boleh menjadi salah satu sindiran ataupun sememangnya pujian.

Selain itu, salah satu pengalaman kami yang boleh dikaitkan ialah, apa yang kita luahkan di laman sosial adalah sekadar luahan. Namun, rakan siber tidak akan mungkin memahami perasaan sebenar yang dilalui kita pada saat itu. Dalam hal ini F2F ataupun face to face adalah satu kaedah komunikasi yang paling berkesan berbanding dengan CMC. Hal ini boleh dilihat sendiri apabila kita berkomunikasi dengan rakan secara berdepan, maka kita boleh mengetahui perasaan rakan yang sebenar pada masa itu. Disamping kita dapat melihat sendiri adakah apa yang rakan anda luahkan itu ikhlas ataupun sindiran semata-mata.

Ini adalah pendapat kami, bagaimana pula dengan anda??

25 comments:

  1. bagi saya, semua masyarakat sekarang terlibat dengan cmc. malahan budak sekolah rendah juga terlibat dengan memiliki akaun seperti facebook. namun begitu, saya dapat perhatikan bahawa setiap yang dilakukan di akuan facebook adalah tidak benar. sebagai contoh, seseorang memuji kita , namun sebenarnya mereka bermaksud sebaliknya. pendek kata ia adalah satu sindiran kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pandangan fahin pada masa kini CMC lebih digunakan secara negatif dan bertujuan untuk menyakitkan hati sesiapa sahaja dan tidak merasa bersalah dengan apa yang mereka tulis atau katakan.

      Delete
    2. Memang benar sebab CMC adalah cara paling senang dan ketara untuk menunjukkan perasaan mahupun ketidakpuasaan. Padahal, itu bukanlah cara terbaik untuk menonjolkan apa yang seseorang itu diinginkan.

      Delete
    3. Sesungguhnya, CMC bukanlah medium yang baik untuk meluahkan pendapat seseorang mahupun bincang sesuatu isu. Hal ini kerana, respon seseorang tidak dapat dikenal pasti seakan body language.

      Delete
  2. golongan remaja merupakan pihak yang tidak dapat lari daripada CMC. walau bagaimanapuan, CMC amat penting bagi seseorang untuk berkomunikasi dengan pihak yang mereka baru kenal. penggunaan ayat2 yang berkias amat penting bagi menjaga kepentingan setiap individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I do agree with you nizam because no matter how advanced the technology is we are still human that hold with 6 senses and have ability to think in complex manners. Therefore, CMC sometimes will be the easiest way to solve certain problems beyond basic survival but still there has the proper manners because through CMC we are just using word,sentence,statement and so on to convey our emotion. We express by words cannot be sure how the 3rd party will understand it because CMC cannot shown up with your true feelings, expressing and so on.

      Delete
    2. Ya saya bersetuju dengan pendapat Nizam kerana kita mendapat pendedahan awal mengenai laman sosial terutamanya facebook. Akan tetapi pada pandangan saya, golongan remaja sememangnya harus berhati hati dengan isu yang berkaitan dengan kehidupan sosial kerana mereka harus sedar tentang realiti yang hampir dighaibkan dengan penggunaan CMC.

      Delete
    3. saya bersetuju dengan pendapat nizam bahawa CMC amat penting bg seseorang untuk berkomunikasi. kerana dari situ lah, komunikasi jarak jauh bermula apabila kita mula untuk mengenali kawan yang baru. namun begitu, ada juga sesetengah yang menyalah gunakan CMC.

      Delete
  3. CMC berlaku dalam kehidupan harian kita. CMC memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan ramai orang. melalui CMC juga, hubungan baru terjalin di antara mereka yang tidak pernah mengenali satu sama lain hanya dengan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui teknologi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pendapat elsie CMC membantu dan memudahkan kita dalam menjalinkan hubungan baru samada di dalam atau diluar negara Kita tidak perlu pergi ke tempat mereka, hanya dengan menggunakan CMC kita boleh berhubung dengan mereka.

      Delete
  4. dunia pada hari ini tidak dapt lari daripada mengalami interaksi antara sesama masyarakat baik di alam realiti mahupun fantasi (dunia IT). Namun, CMC banyak memberi beberapa kesan terhadap seisi lapisan segenap masyarakat di dunia. Tidak dapat dinafikan ianya mempunyai pro n con. Amat penting bagi kita sebagai pengguna untuk mengawal setiap apa yang diperkatakan apabila ianya melibatkan beberapa individu yan lain.

    ReplyDelete
  5. dunia pada hari ini tidak dapt lari daripada mengalami interaksi antara sesama masyarakat baik di alam realiti mahupun fantasi (dunia IT). Namun, CMC banyak memberi beberapa kesan terhadap seisi lapisan segenap masyarakat di dunia. Tidak dapat dinafikan ianya mempunyai pro n con. Amat penting bagi kita sebagai pengguna untuk mengawal setiap apa yang diperkatakan apabila ianya melibatkan beberapa individu yan lain.

    ReplyDelete
  6. Di dalam kehidupan kita pada masa kini CMC sangat penting kerana ia membantu dan memudahkan kita untuk berhubung sesama kita.walaubagaimanapun CMC mempunyai kekurangan berbanding komunikasi secara berdepan. CMC mempunyai had dimana kita hanya boleh mendengar suara, berbalas teks, melihat wajah dan sebagainya ia bergantung kepada teknologi yang digunakan. berbanding dengan komunikasi secara berdepan kita boleh melihat wajah, reaksi wajah, mendengar suara, menyentuh dan sebagainya. komunikasi secara berdepan tidak mempunyai batasan.CMC mempunyai kesan negatif dimana manusia dapat melakukan apa sahaja samada menyakiti perasaan orang lain atau tidak dengan menggunakan CMC kita tidak takut untuk melakukannya kerana kita tidak berkomunikasi secara berdepan.boleh dikatakan bahawa CMC lebih digunakan kearah keburukan berbanding kebaiakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju bahawa CMC mempunyai had tertentu. seperti yang dikatakan oleh saudari, melalui CMC kita tidak dapat melihat dan merasai situasi sebenar kerana tidak berhadapan dengan individu tersebut.

      Delete
  7. bagi saya pula, face to face adalah komunikasi yang lebih berkesan jika dibandingkan dengan CMC. hal ini kerana kita akan dapat melihat sendiri reaksi orang yang kita sedang berkomunikasi. disamping itu,kita boleh menilai sendiri keikhlasan seseorang itu untuk mendengar apa-apa yang kita luahkan. namun cmc lebih baik sekiranya seseorang itu tidak yakin sekiranya berdepan dengan seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berpendapat sama seperti saudari, bagi saya komunikasi secara face to face lebih berkesan jika dibandingkan dengan CMC kerana kita boleh melihat sendiri reaksi seseorang. Dalam hal ini, kita lebih melihat kepada ''self-presentation" seseorang sama ada kita boleh atau tidak meneruskan perbualan berdasarkan reaksi yang diterima. Melalui CMC pula, kaedah komunikasi berbeza kerana kita tidak dapat menilai sikap seseorang dan pengalaman perhubungan yang lebih bersifat abstrak (gambaran) semata-mata. Terima kasih. :)

      Delete
    2. Yes jamilah, i'm satisfied with opinion. CMC only can be used as the secondary or alternative method of communication. CMC cannot be substitute to the way of face-to-face communication because as what you said you cannot grab the sincerity of a person within words.

      Delete
    3. bagi saya kedua-dua cara komunikasi ini ada kelebihan masing-masing. sebagai contoh, komunikasi secara face to face lebih berkesan kerana dari situ kita dapat menyatakan segalanya dan dalam masa yang sama kita akan mendapat respon terus daripada seseorang itu. namun begitu, bagi komunikasi cmc pula, ia akan membuatkan komunikasi menjadi rumit. kita tidak akan dapat melihat respon seseorang itu.

      Delete
  8. CMC satu proses komunikasi maya yang membolehkan seseorang itu berinteraksi tetapi sebenarnya mereka tidak wujud di tempat itu. Ini bermakna kita boleh berinteraksi dengan dunia palsu melalui simulasi yang direka khas dengan program multimedia. Selain itu, pengalaman dalam dunia maya bukan hanya menerusi skrin imej semata-mata tetapi menjadi pengalaman kepada mereka yang berada di dalamnya. Melalui CMC telah mewujudkan alam maya yang membawa perubahan tertentu dalam cara hidup seseorang. Memandangkan alam maya ini adalah benar dan kadangkala dapat memuatkan ciri-ciri idealisme yang tidak terdapat dalam dunia nyata, jadi kita mempunyai altenative sama ada hendak berkomunikasi secara maya atau alam nyata (reality) dalam semua aspek kehidupan. Kita sebenarnya dapat berhubung bagi hampir semua tujuan seperti pendidikan, perubatan, perhubungan, politik dan perniagaan. Kesimpulannya, komunikasi yang dilakukan oleh manusia setiap masa mempunyai fungsi yang tertentu untuk kepentingan masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said albert. Yes, that's the true fact of CMC which can be represent as a kind of virtual world with the identity full of words. This clearly tells that the reality world is what we as a human need to be entertain more with a way of knowledgeable and informative communication.

      Delete
  9. In my opinion, basically CMC can be says as essential component in student's life. The advances of information technology have made CMC as an alternative practice and made student to complete a single discussion in a very rapid and easiest way. However, we cannot indicates that CMC can be fully equivalent to substitute of an traditional group discussion as how we often do. I guess within CMC we cannot examine the decision-making because communication affects group beliefs especially when it comes to the final decision. I believe CMC cannot be assumed as same as how we are in revision patterns of face-to-face groups. Sometimes,the results that indicate by face-face groups decisions show few order effects while the decisions of CMC groups were strongly biased by order.This believe that the benefits of face-to-face group work cannot be expected to carry with CMC setting. Yet, we still can implies CMC in a very brief matters of discussion without harm any person.

    ReplyDelete
  10. In my opinion, CMC help the people who is lack of confidence in front of people can give their opinion on online without feeling afraid and nervous, because it is a place of free to talk.Therefore, some of them are willing to talk through CMC than face-to-face communication. And, it might be can increase their confidence to talk with poeple by given time. Even though CMC has it advantage, but for me, face-to -face communication is more effective than CMC.

    ReplyDelete
  11. Based on my understanding, CMC is actually a system supported by collaborative groups in net surfing. CMC certainly engaging when collaborative problem solving and social negotiation of meaning then it will result in meaning formation. CMC actually required for knowledge construction but it can be acceptable for certain issues. However, based on our discussion, face to face communication much more effective than CMC because it not neutral. It can cause many changes in the way people communicate with one another, and it can influence communication patterns and social networks (e.g., Fulk & Collins-Jarvis, 2001). In other words, CMC leads to social effects. CMC limits the level of synchronicity of interaction, which may cause a reduction of interactivity. Furthermore, CMC can overcome time- and space dependencies. Together with these arguments the overall use of using CMC results in multiple differences with face-to-face communication.

    ReplyDelete
  12. CMC can help those people who lack of confident to communicate with other. This is because usually talk to face to face will make people felt uncomfortable. Especially when there is a lot of people around there.

    ReplyDelete
  13. Halo! Sorry late..was having a lil prob with wifi.. :P
    Alright, anyway..i guess overall, all of you do agree that CMC can be an important tool to interact and socialize effectively even during our busy schedule. CMC is not only being a medium for all social classes to enhance the relationship, working environment and also societal activities. Apart from that, communication is a process that we can never escape from in our life's. From this statement we can know the importance of communication. As for the transformation from, it changed from face to face communication, to computer mediated communication as what is it now.

    ReplyDelete