Wednesday, April 9, 2014

Kebaikan dan Keburukan Blog

Apa itu Blog?
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannnya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan cirri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media social yang lebih luas.
Istilah “blog” merupakan kata lakur untuk perkataan “web” dan “log” (Web log). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog.”
Antara penyedia laman blog yang percuma dan popular ialah Blogger, Wordpress dan LiveJournal.
Kebaikan Blog:
          1. Perkongsian Maklumat
   Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, atau berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman web yang lain.

          2.  Boleh menambah kawan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan member komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesame mereka untuk mengeratkan silaturrahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.

          3. Boleh Menjana Pendapatan
Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain adalah seperti Adsense (Google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan product mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng ‘klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.

          4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif ataupun negative. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
Keburukan Blog:
          1.  Maklumat Palsu
Para pengunjung blog  haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar adalah palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada disedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa membuat siasatan akan kesahihan maklumat tersebut. Apabila ianya telah dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya member impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut.

         2. Alat untuk menjatuhkan seseorang
Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang terlibat dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Pelbagai maklumat peribadi dipaprkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut.

          3. Memecah belahkan masyarakat/Negara
Sebagai rakyat yang tinggal di dalam Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat  di negara ini. Isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan dihadapi oleh masyarakat dan Negara khususnya. Isu-isu ini boleh menngguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah Negara.

           4. Sebagai alat untuk penyebaran unsur-unsur tidak bermoral
Terdapat orang perseorangan yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di samping itu, cerita-cerita lucah dipaparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negative kepada mereka.

Ini adalah antara kebaikan dan keburukan blog. Maka, sewajarnya kemudahan seperti ini haruslah digunakan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

13 comments:

  1. I don't have any interest about blog even though I have a blog account ----"weibo". I only use to read on my friends's updated informations or something happened in their life. But recently after a friend who share with me about blog, I realise that blog also a "place" to release our depression or something else. There is a book inside everybody. It's an easy way to keep people updated on your life or an project that we are working on. this is because blog is somewhere where you are. But we got to manage ourself to make use in blog. So that we don't spoil the value of existence of blog.

    ReplyDelete
  2. saya juga tidak berapa berminat dengan blog. tetapi saya sangat menggemari untuk mengikuti blog-blog tertentu yang boleh memberikan saya informasi terkini mengenai isu semasa yang terjadi di sekeliling saya. namun saya kurang meminati blog yang lebih kepada unsur politik dalam penulisannya. sememangnya blog mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. oleh itu, kita sebagai masyarakat itu sendiri hendaklah bijak untuk menilai mana satu yang baik dan buruk dan mana satu yang benar dan juga yang palsu.

    ReplyDelete
  3. Sometimes, blog help me in planning the schedule of travels. Every time before I want travel to a place, I can refer to the blogger's blog and read the blog or comment they had wrote. The information they had provided about the place that they had traveled were very useful for me. I can plan my time schedule with more accurately because the blogger will mentioned that what is the best time to go, the ticket price, the distance between two places, and the attractions whether worth to go or not. All of these information are important for me because this can decide the places where I will go. Therefore, the traveling blog actually is very useful in helping the traveler for travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I learn a new thing fro you chai. It is crucial to know one's experience of traveling and prepare ourselves to face a whole new adventure would be fun right.. :)

      Delete
  4. i have came across with certain blogs before. It's just accidentally view it when i tend to search info for my assignment. Sometimes, i just turn to next site but sometime i still get some time to read people's story. Well, i should say yes blog has attracted me since it is a story sharing of a person based of what had happens in their life. Interesting! I have decided to sign in a new blog account but unfortunately i have concentrated more on facebook therefore never take initiative to create a blog account. I never know that blog will given a fake info because as far i know blog is just sharing life event on daily basis. By the way, even though i had own a blog account due to my assignment now but i guess this will made me to be addicted on blog updates. As blog really hit my interest and it will turn me to extent my sharing towards the other bloggers.

    ReplyDelete
  5. saya tidak begitu menggemari blog tetapi kadang-kadang ia memberi keseronokan kepada saya apabila saya menggunjungi blog lain dimana didalam blog tersebut ada sesuatu yang dapat memberi kepuasan dan keseronokan kepada saya. bagi saya blog membantu seseorang dalam berkngsi minat dan meluahkan perasaan dimana didalam blog kita dapat meluahkan apa yang terbuku di hati dan ia dapat memeberi kepuasan kepada kita.

    ReplyDelete
  6. Dari satu sudut, saya tidak mengemari blog kerana kebanyakan maklumat yang disampaikan kurang tepat, tidak mempunyai fakta yang kukuh dan maklumat yang disampaikan hampir sama dengan blog yang lain. Malahan, maklumat yang disampaikan banyak ditokok tambah oleh penulisnya disamping terdapat kesalahan ayat dan penggunaan laras bahasa. Kadangkala penulis blog menulis lebih bergantung kepada kepuasan dan minat semata-mata. Namun, penulis blog yang bijak mampu menjana pendapatan melalui pengiklanan produk syarikat tertentu di dalam blog mereka disamping kebaikannya untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlu bijak menilai kesahihan maklumat yang disampaikan.

    ReplyDelete
  7. saya kerap mengunjungi blog untuk melihat barang/item yang dijual (merujuk kepada penggunaan blog bagi tujuan perniagaan). Seperti tudung dan beberapa item keperluan yang lain. Kemungkinan besar daripada kita tidak gemar akan kewujudan blog ini kerana mereka tidak mempunyai masa malah tiada masa untuk mengakses laman blog sebagai salah satu daripada rutin seharian. Namun tidak kesemua barang saya membeli melalui blog atau secara atas talian ini kerana segala-galanya melibatkan risiko dan tanggungjawab daripa si pembeli. Hari ini begitu banyak kes penipuan yang berlaku dan majoriti daripadanya adalah terpedaya dengan iklan atau paparan di dalam talian tersebut. Bukan sahaja untuk membeli gajet atau item tertentu, saya juga turut melayarinya untuk mengetahui trend-trend terkini dan segala informasi berguna bagi mencapai maklumat yang berlaku di sekeliling.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. A blog is a continually updated Web page whereby the blog's author may aim to present opinion, gossip, news or fact-checking and adding his or her own interest. Blogs typically present entries (posting news feed) in a chronological order. As for me, blog is a best place for sharing knowledge within community. Sometimes, blog can be positive way of getting feedback and replies from people so that everybody able to deliver their own ideas. Even though, it is interesting element yet most of people are unable to write down their idea in complete and clear manner. I often found that the people who spent most time to write actually are full time blogger. They tend to being updated with their own blog and it is part of their interest. Since I accessing this blog, I’m slightly attracted to use it and maybe this is the time build your professional reputation word by word.

    ReplyDelete
  10. blog merupakan satu tempat untuk meluahkan perasaan mereka. blog boleh dibaratkan sebagai dairy hidup manusia.

    ReplyDelete
  11. ada blog yang baik untuk kita tengok dan ada juga blog yang tidak sepatutnya kita tengok.

    ReplyDelete
  12. Setiap perkara ada kebaiakn dan keburukannya masing2. Ia bergantung kepada diri kita, sama ada kita hendak mendedahkan sesuatu info/maklumat itu secara terperinci atau tidak.

    ReplyDelete