Monday, April 28, 2014

Tips Memilih Antivirus

#Sambungan daripada entry mengenai Anti Virus Perminan Video Game...

Tips
Berkongsi sedikit tentang tips memilih antivirus. Kalau anda nak tau saya sendiri masih lagi tidak menggunakan antivirus untuk laptop, tak taula kenapa mungkin saya ni tak suka laptop kesayangan aku ini di scan. Tapi tak mengapalah lupakan tentang laptop i tuu.

Bagi saya antara perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.

  1. Mudah penggunaannya. Perisian antivirus yang baik mestilah mudah digunakan, tanpa memerlukan kemahiran dan pengetahuan kita.
  2. Efektif ketika mengenalpasti virus dan sebagainya. Produk antivirus terbaik dapat mengenali data-data yang terkena virus dengan cepat, mencari dan menemukan virus pada banyak tempat, termasuk email, web browsing dan sebagainya.
  3. Efektif ketika membersih atau membuang file yang terkena virus. Perisian antivirus yang baik mestilah mempunyai tiga perkara asas ini, membersih, menghapus dan mengkuarantin virus dengan baik.
  4. Antivirus yang baik akan mengeluarkan laporan dengan segera ketika anda sedang mengimbas komputer anda, dan memberi segala maklumat terperinci tentang virus yang dikesan.
  5. Antivirus yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi selain daripada mengimbas virus, seperti Auto-Scan, Kesan virus ketika melayari internet dan sebagainya.
  6. Anti virus yang baik mudah untuk dipasang di komputer anda.
  7. Antivirus yang baik mestilah mempunyai 'help', untuk pertanyaan melalui telefon,email, atau chat.
  8. Kalau mampu cari la antivirus yang berbayar, kerana banyak antivirus berbayar yang sangat bagus.
Ok. Itu saje tips yang boleh aku senaraikan. Harap anda mendapat menafaat dari entri saya ini. Selamat mencuba. Memandangkan saya tak mampu nak beli antivirus yang berbayar, Kalau anda sudi cadanglah pada saya antivirus percuma yang bagus.

Anti Virus Untuk Permainan Video...

"ANTI VIRUS"
Anti virus pada komputer sememangnya diperlukan sebagai program keselamatan untuk menghalang serangan virus atau cecacing yang boleh merosakkan komponen dan juga dokumen yang disimpan.Pelbagai penyelarasan produk anti virus berkualiti dan komprehensif telah dihasilkan untuk kegunaan pengguna yang menginginkan kelancaran pengendalian pada sistem komputer mereka.Bukan setakat itu, pembangunan rangkaian perisian keselamatan bagi permainan video juga kini semakin dititikberatkan kesan daripada kegilaan terhadap aktiviti berkenaan.

Mengambil contoh Symantec Corp. (Symantec), syarikat penyedia penyelesaian sistem keselamatan Internet dan anti virus, baru-baru ini telah tampil dengan perisian Norton AntiVirus 2009 edisi permainan video.Tawaran terhadap edisi tersebut sebenarnya disasarkan khas untuk komuniti yang menjadikan permainan video sebahagian daripada aktiviti pengkomputeran mereka.Pelindungannya merangkumi pelbagai masalah antivirus melalui pelaksanaan sistem yang cepat tanpa gangguan terhadap pengalaman permainan video.

Menurut Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Symantec, Rowan Trollope, penggemar permainan video sememangnya memerlukan perisian keselamatan tersebut kerana mereka tidak mahu diganggu ketika melakukan aktiviti berkenaan.
"Oleh itu, melalui perisian ini, ia akan melindungi pengguna daripada sebarang gangguan sama ada secara dalam talian, prestasi atau paparan tetingkap yang tidak diingini.
"Dari segi antara muka pengguna pula, perisian ini menyediakan fungsi optimum untuk pengguna seperti pertukaran secara automatik kepada mod permainan video serta menyeimbangkan antara prestasi dan keselamatan,'' katanya.
Antara fungsi lain pada perisian tersebut adalah menjalankan proses sistem imbasan pintar secara intensif apabila komputer tidak digunakan.

Selain itu, perisian tersebut juga tidak akan mengganggu pemain ketika berada di tengah-tengah permainan dan hanya akan melaksanakan pengemaskinian apabila berada dalam mod skrin atau diarahkan oleh pengguna.
Dari segi keselamatan pula, perisian berkenaan boleh menghalang gangguan seperti virus, spyware, worms, Trojans dan juga perlindungan dari laman web yang berpotensi untuk menyebarkan bahan merbahaya itu.
Kelebihan pad produk tersebut juga adalah dari segi mudah untuk dipasang, penggunaan ruang kurang dari enam megabit (MB) dan juga masa imbasan kurang dari 35 saat.
kepada kaki-kaki permainan video download di laman web pengeluar Symatec

Read more: http://www.rahmanbashri.com/2009/01/anti-virus-untuk-permainan-video.html#ixzz30DKS3qjT

fungsi media dalam kehidupan seharian manusia?

melalui kenyataan di atas,apakan pendapat anda tentang fungsi media terhadap kehidupan kita. adakah media membantu ataupun akan lebih menyusahkan masyarakat? juga, apakah media memberikan fungsi yang baik dalam masyarakat?

pada pendapat saya, media sangat membantu dalam kehidupan seharian saya. namun pada masa yang sama media juga boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam sama yang singkat (menurut kamus Dewan). Encik Hamdan Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna' mentakrifkan media massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio, televisyen, alat rakaman, tayangan gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan media cetak iaitu akhbar, majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya.
Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat perhubungan di antara manusia dan manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan, pengajaran serta membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan. Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial


seperti yang kita sedia maklum, media sangat berfungsi dalam kehidupan sehari antaranya:

a)        Media Sebagai Sumber Maklumat
Media dianggap sebagai sumber maklumat utama bagi masyarakat Malaysia hari ini. Lebih 80% pelajar sekolah rendah menggunakan media dalam proses pembelajaran mereka. Manakala 60% orang dewasa menggunakan media sebagai cara untuk memilih pemimpin. Oleh yang demikian, media juga merupakan sumber maklumat yang paling percayai oleh masyarakat.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat menggunakan media dalam kehidupan seharian mereka. Faktor yang utama ialah media mampu memperkayakan lagi idea masyarakat terhadap sesuatu perkara. la juga memperagakan sesuatu keadaan secara lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti masyarakat. Ibu bapa pula menjadikan program-program di televisyen sebagai satu cara untuk melatih anak-anak mereka ke arah yang lebih dinamik dan pragmatik. Contohnya menerusi rancangan "Along", ia akan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berminat mempelajari kaedah untuk mengira, menulis, juga membaca (3M).
b)       Media Sebagai Bahan Rujukan
Seseorang pengguna media tidak teragak-agak untuk cuba menerima maklumat daripada media sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Masyarakat menggunakan mesej-mesej yang diperoleh daripada media untuk dijadikan sebagai asas dalam usaha untuk memaiukan diri di masa-masa akan datang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa media sering dianggap sebagai bahan rujukan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat di Malaysia, contohnya apabila tiba musim pilihanraya, seseorang individu atau kumpulan tertentu akan bergantung sepenuhnya kepada media sebelum sebarang keputusan dibuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan oleh media mampu mendorong seseorang untuk bersikap natural atau tidak menyokong mana-mana pihak dan sebaliknya. Ketika negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masyarakat mendapatkan maklumat terkini mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi negara menerusi media massa. Dengan hal yang demikian, tidak hairanlah jika media massa sering kali dijadikan sebagai sumber rujukan.

c)        Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran
Tidak semua program-program di media massa terutamanya di kaca televisyen menjurus ke arah hiburan semata-mata. Ada di antara program-program tersebut yang memberi faedah secara langsung kepada masyarakat. Contohnya seperti rancangan MINDA di TV1, rancangan Cyberwave di TV3, Beyond 2000, dan banyak lagi. Menerusi rancangan-rancangan sebegini, masyarakat akan lebih terdedah kepada maklumat terkini mengenai sains, teknologi, dan sebagainya. Pertemuan-pertemuan terbaru dalam dunia sains juga tidak ketinggalan walaupun ianya merupakan rancangan yang diimport dari luar negara.

(rujukan: Othman M.Y. (2010) media dan isu alam sekitar, Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 1-17, Universiti kebangsaan Malaysia )

walaupun media banyak memberi fungsi dalam kehidupan seharian, namun kita hendaklah bijak menggunakan media dengan sebaik mungkin. penyalahgunaan media dalam masyarakat boleh memberi impak yang besar kepada individu mahupun sekelompok sesuatu masyarakat.


blog yang anda suka dan tidak gemari... ??



entry ini adalah mengenai blog apa yang kami suka dan tidak suka. salah satu blog yang saya suka kunjungi ialah daripada blogger terkenal fatin liyana. beliau pernah seorang menjadi mahasiswa yang  sedang menjalani latihan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di bawah ijazah perubatan.  sekarang beliau adalah merupakan seorang doktor.

tulisan beliau pada mulanya hanya sekadar luahan isi hati, namun beliu tidak menyangka ramai yang telah mengikuti blog beliau sehingga beliau berjaya samapai ke tahap hari ini.
 apa yang saya gemari mengenai blogger ini adalah cara tulisan beliau yang lebih kepada tips kesihatan malah tips untuk menjadi seseorang yang cemerlang dalam hidup. bagi saya tulisan beliau banyak boleh dijadikan rujukan dalam kehidupan seharian kita.



tulisan beliau juga banayk menajdi inspirasi untuk seseorang lebih berjaya dalam hidup. walaupun tulisan beliau berbentuk sempoi, namun tulisan beliau sangat bernilai kepada masyarakat terutamanya mengenai tips-tips kesihatan yang beliau samapaikan.

manakala, salah satu blog yang saya tidak gemari ialah mengenai blog parti keadilan iaitu blog Anuar Ibrahim. blog beliau yang sangatlah menentang kerajaan itu, bagi saya amatlah tidak baik kerana cara beliau menentang kerajaan sangat memberi impak kepada masyarakat yang menjadi penyokong beliau. beliau adalah seorang yang sangat digeruni oleh masyarakat yang menyokong kerajaan kerana beliau boleh mengacau bilaukan masyarakat di Malaysia.

walaupun nama blogger fatin liyana sedang meningkat naik namun sememangnya Anuar Ibrahim lebih terkenal daripada beliau memandangkan beliau merupakan orang politik. malah beliau sudah berda ditampuk pemerintahan selama berpuluh tahun. pengalaman beliau dalam pelbagai bidang dan pelbagai cabaran yang beliau telah dan sedang hadapi menjadikan beliau seorang yang hebat di mata masyarakat terutamanya penyokong pembangkang. 

bagaimana pula dengan pendapat anda?

Sunday, April 27, 2014

Ragam MUKA BUKU????


Ragam Muka Buku @ F.A.C.E.B.O.O.K..

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Aku tertarik dengan video yang satu ini. Kawan aku shared this video kat FB dia. So, aku pun cari link asal video ini di youtube. Jumpa juga akhirnya. Video ini adalah hasil kreatif Shazreen Fazlynda. Video ini menceritakan pelbagai ragam pengguna Facebook yang mana, situasi yang dipaparkan adalah realiti bagi rata-rata pengguna Facebook. Memang ketawa aku tengok video. Oh ya, kalau korang rasa menyampah dengan gadis-gadis dalam video ni, sila abaikan mereka ya, yang penting mesej yang mereka cuba sampaikan. Terbaiklah..!!(motif sangat sebab tak tahu nk tulis ape lagi sebagai entry) ~ ~
Enjoy..
Adakah kita tergolong dalam ragam yang dimaksudkan di atas ini???
# Contoh dari Video: Shazreen Fazlynda YT

Pembelian Barangan Secara Atas Talian atau Online?

 

"KENAPA HARI INI LEBIH BAGUS UNTUK MEMBELI BARANG SECARA ONLINE???"


Hari demi hari, barangan dengan mudah boleh didapati secara online mahupun di dalam ataupun di luar negara. Buku, baju, barangan elektronik, sebut sahaja, sudah ada di jual secara online. Barangkali yang masih belum terjual secara online di negara ini adalah daging mentah atau sayur-sayuran hehe. Jom bincang, kenapa harini ini lebih bagus jika kita membeli barangan secara online.

Jimat MasaTak dinafikan, banyak masa kita jimat dengan membeli barang secara online. Kalau kita ke shopping complex atau kedai untuk membeli barang, ia memakan masa kita untuk ke sana. Dengan pembelian secara online, kita tidak lagi perlu membuang ‘emas’ kita. Kita dah jimat masa kita.


Jimat WangSelain dari jimat masa, kita juga boleh jimat wang. Kita jimat minyak atau kos transportasi untuk ke tempat membeli barangan yang kita ingin beli. Selain dari itu, barangan yang dijual secara online kalau di lihat dengan teliti, adalah jauh lebih murah berbanding yang ada di tempat tempat yang menjual barang tersebut. Bukan sahaja murah, untung-untung kita dapat diskaun lagi dengan pembelian yang kita buat.

Banyak PilihanSelain dari kita jimat wang dan masa, kita punya banyak pilihan dari segi produk yang kita ingin beli secara online. Kita ambil contoh, di Zalora Malaysia hari ini, terdapat pelbagai jenis fashion dari pelbagai jenis jenama terkenal yang di tawarkan di laman web tersebut. Bukan sahaja kita ditawarkan banyak pilihan, malahan penghantaran di seluruh negara juga adalah percuma. Jadi kita rugi atau kita untung di situ? Ok, jangan jerit kalau setuju!!!

Pembayaran MudahKita tidak lagi perlu ke mesin ATM untuk cash out jumlah yang kita perlukan untuk membuat pembayaran keatas sesuatu pebelian, dengan pembelian barang secara on9, pembayaran sangat mudah semudah ABC. Banyak laman web eCommerce harini menyediakan perkhidamatan pembayaran mudah kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan perbankan internet bank pilihan mereka, menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, atau boleh juga secara cash on delivery. Mudah bukan? Satu lagi kelebihan pembelian barang secara online yang kita mungkin tak tidak perasan pada hari ini.

Mudah membuat perbandingan mana yang terbaik – Dengan adanya eCommerce, harini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan produk yang ingin kita beli dari segi harga dan spesifikasi sebelum membeli barang tersebut. Berbeza dengan kaedah tradisional iaitu ke kedai untuk membeli barang yang dikehendaki, kita mungkin akan hadapi banyak kesukaran untuk membuat perbandingan sebelum memberi kata putus untuk membeli barangan yang kita inginkan.


Banyak lagi rasanya point yang kita boleh huraikan mengenai kelebihan membeli barangan secara online pada hari ini. Tetapi den rasa, 5 point yang di sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang pembelian barangan secara online harini adalah sesuatu yang bagus untuk di praktikkan.


Friday, April 25, 2014

Revolusi: teknologi dahulu dan sekarang





Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah di hujung jari. Kemajuan teknologi telah membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan baru manusia pada masa kini. Kemajuan tidak boleh dinafikan kerana penciptaan teknologi oleh kebijaksanaan

Akal fikiran manusia sentiasa berterusan. Oleh itu, pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan kemajuan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan atau kemusnahan alam sejagat.

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi begitu penting dalam pembangunan masyarakat sejagat. Kewujudan teknologi yang canggih telah menjadikan sesuatu perkara lebih mudah dilaksanakan. Lihat sahaja ciptaan teknologi seperti kereta, komputer, telefon dan teknologi lain-lain yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia yang banyak memberi manfaat. Contohnya manusia dapat memperolehi ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula mendedahkan dan memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu, manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kerja, kini sudah berubah. Kesimpulanannya, perkembangan teknologi memberi sumbangan ketara dalam kehidupan kita. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa kepada keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan teknologi dan sains.

Video diatas tersebut merupakan perbandingan kemajuan teknologi zaman dahulu dan sekarang. Diharap dapat memberi kepada kepada anda. Sila layari laman web  http://youtu.be/ffSIiCY7hHA