Monday, April 28, 2014

Anti Virus Untuk Permainan Video...

"ANTI VIRUS"
Anti virus pada komputer sememangnya diperlukan sebagai program keselamatan untuk menghalang serangan virus atau cecacing yang boleh merosakkan komponen dan juga dokumen yang disimpan.Pelbagai penyelarasan produk anti virus berkualiti dan komprehensif telah dihasilkan untuk kegunaan pengguna yang menginginkan kelancaran pengendalian pada sistem komputer mereka.Bukan setakat itu, pembangunan rangkaian perisian keselamatan bagi permainan video juga kini semakin dititikberatkan kesan daripada kegilaan terhadap aktiviti berkenaan.

Mengambil contoh Symantec Corp. (Symantec), syarikat penyedia penyelesaian sistem keselamatan Internet dan anti virus, baru-baru ini telah tampil dengan perisian Norton AntiVirus 2009 edisi permainan video.Tawaran terhadap edisi tersebut sebenarnya disasarkan khas untuk komuniti yang menjadikan permainan video sebahagian daripada aktiviti pengkomputeran mereka.Pelindungannya merangkumi pelbagai masalah antivirus melalui pelaksanaan sistem yang cepat tanpa gangguan terhadap pengalaman permainan video.

Menurut Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Symantec, Rowan Trollope, penggemar permainan video sememangnya memerlukan perisian keselamatan tersebut kerana mereka tidak mahu diganggu ketika melakukan aktiviti berkenaan.
"Oleh itu, melalui perisian ini, ia akan melindungi pengguna daripada sebarang gangguan sama ada secara dalam talian, prestasi atau paparan tetingkap yang tidak diingini.
"Dari segi antara muka pengguna pula, perisian ini menyediakan fungsi optimum untuk pengguna seperti pertukaran secara automatik kepada mod permainan video serta menyeimbangkan antara prestasi dan keselamatan,'' katanya.
Antara fungsi lain pada perisian tersebut adalah menjalankan proses sistem imbasan pintar secara intensif apabila komputer tidak digunakan.

Selain itu, perisian tersebut juga tidak akan mengganggu pemain ketika berada di tengah-tengah permainan dan hanya akan melaksanakan pengemaskinian apabila berada dalam mod skrin atau diarahkan oleh pengguna.
Dari segi keselamatan pula, perisian berkenaan boleh menghalang gangguan seperti virus, spyware, worms, Trojans dan juga perlindungan dari laman web yang berpotensi untuk menyebarkan bahan merbahaya itu.
Kelebihan pad produk tersebut juga adalah dari segi mudah untuk dipasang, penggunaan ruang kurang dari enam megabit (MB) dan juga masa imbasan kurang dari 35 saat.
kepada kaki-kaki permainan video download di laman web pengeluar Symatec

Read more: http://www.rahmanbashri.com/2009/01/anti-virus-untuk-permainan-video.html#ixzz30DKS3qjT

14 comments:

  1. saya peminat tegar GAME ONLINE!! anti virus yang dinyatakan di atas amat berkesan dan berguna untuk menyahkan virus-virus jahat dari merebak dalam software lappy saya..

    ReplyDelete
  2. Saya kurang menggemari permainan malah saya kurang arif mengenai antivirus. Melalui entry ini saya baru mengetahui bahawa permainan atas talian juga menggunakan antivirus. Hal ini baik bagi mengelakkan kita mendapat sebarang virus yang boleh merbahaya kepada komputer riba dan telefon pintar. Saya berkata demikian kerana, kebanyakan orang bermain permainan atas talian menggunakan dua teknologi tersebut. Dengan adanya antivirus boleh mengelakkan sesuatu yang tidak diingini kepada barang kepunyaan kita. Tambahan lagi sekiranya terdapat sesuatu yang penting dalam computer riba, dan semasa anda bermain permainan atas talian telah berlaku sesuatu kepada computer riba kita, ianya boleh menyusahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga kurang bermain game online. sebab bermain game online memerlukan masa yang panjang untuk mencapai setiap level yang semakin susah. Bagi saya, ini membazirkan masa untuk membuat benda lain.

      Delete
  3. saya xmain game online. game online melekakan remaja dan student.

    ReplyDelete
  4. Ya, saya setuju juga. Pada masa ini, bukan sahaja komputer dan software komputer hanya perlu antivirus, malah online game juga memerlukan antivirus supaya dapat mengelak dari ancaman virus-virus tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya selalu main games di makmal komputer. But it make sense to me, I got to install antivirus for my games when I play it on my own laptop.

      Delete
  5. Kepentingan antivirus dapat dilihat melalui entry ini. Setiap individu yang menggunakan komputer riba/smartphone atau gaget telekomunikasi yang terkini harus memberi perhatian untuk memasang antivirus pada sistem mereka supaya perlindungan dapat diberi. Penggunaan antivirus ialah satu perkara yg serius dan tidak boleh diambil lewah. Walaupun saya langsung tidak berminat dengan permainanan talian online tetapi saya menyedari keburukannya jika antivirus tidak ada pada sistem.

    ReplyDelete
  6. saya ada bermain permainan online tapi main masak2 jelah.. tapi adakah permainan itu juga memerlukan antivirus ?? setelah membaca entri ini baru saya tahu bahawa permaian online harus memiliki antivirus bagi menjamin keselamatan.

    ReplyDelete
  7. saya pernah bermain permainan online tetapi jarang-jarang, memang anti-virus sangat penting untuk melindungi komputer atau laptop daripada diserang virus. sekiranya tidak mempunyai anti-virus komputer atau laptop mudah rosak itu pendapat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Hence, antivirus will refresh our whole PC as well in order to move our program and system in PC smoothly. It will make our PC run fast.

      Delete
  8. Saya tidak berminat bermain games online kerana games online mudah membawa virus melalui jaringan internet lain terutamanya games online yang melibatkan capaian komputer dengan orang lain. Hal ini lebih memudahkan berlaku penyebaran virus masuk senyap-senyap ke dalam laptop. Games online ini juga membawa software yang tidak perlu ke dalam laptop, akhirnya menjadi sampah tersembunyi dalam laptop kita. Sampah in menyalinkn kewujudan virus sendiri dalam laptop. Bahaya tuu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pendapat Albert. Memang bermain online game akan membawa software yang tidak diperlukan ke dalam laptop kita. Dah la saya tak berapa mahir dalam IT, so if we still play on online game will really make risk to our laptop.

      Delete
  9. Anti virus memang penting dan memainkan peranan yang besar bagi membantu mengelakkan virus menyebabkan kehilangan pelbagai data penting sebagai contohnya.

    ReplyDelete
  10. Based on my understanding, Antivirus will resolve most of the computer issues that troubling our computer. Antivirus basically will troubleshoot the problem and fix it as well. The antivirus software is really a very good option to be as it will detect all the malwares and one doesn't demand paying on it.There are a lot of antivirus cost free packages which is not that great to be handle technical for our PC. Besides, Antivirus should need to be installed in order to protect our PC's and have to be often up-to-date. While updates it will routinely detect new viruses. These is what as far i known about Antivirus moreover this is the first time i get to know about antivirus for video games.

    ReplyDelete