Monday, April 28, 2014

fungsi media dalam kehidupan seharian manusia?

melalui kenyataan di atas,apakan pendapat anda tentang fungsi media terhadap kehidupan kita. adakah media membantu ataupun akan lebih menyusahkan masyarakat? juga, apakah media memberikan fungsi yang baik dalam masyarakat?

pada pendapat saya, media sangat membantu dalam kehidupan seharian saya. namun pada masa yang sama media juga boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam sama yang singkat (menurut kamus Dewan). Encik Hamdan Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna' mentakrifkan media massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio, televisyen, alat rakaman, tayangan gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan media cetak iaitu akhbar, majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya.
Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat perhubungan di antara manusia dan manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan, pengajaran serta membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan. Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial


seperti yang kita sedia maklum, media sangat berfungsi dalam kehidupan sehari antaranya:

a)        Media Sebagai Sumber Maklumat
Media dianggap sebagai sumber maklumat utama bagi masyarakat Malaysia hari ini. Lebih 80% pelajar sekolah rendah menggunakan media dalam proses pembelajaran mereka. Manakala 60% orang dewasa menggunakan media sebagai cara untuk memilih pemimpin. Oleh yang demikian, media juga merupakan sumber maklumat yang paling percayai oleh masyarakat.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat menggunakan media dalam kehidupan seharian mereka. Faktor yang utama ialah media mampu memperkayakan lagi idea masyarakat terhadap sesuatu perkara. la juga memperagakan sesuatu keadaan secara lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti masyarakat. Ibu bapa pula menjadikan program-program di televisyen sebagai satu cara untuk melatih anak-anak mereka ke arah yang lebih dinamik dan pragmatik. Contohnya menerusi rancangan "Along", ia akan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berminat mempelajari kaedah untuk mengira, menulis, juga membaca (3M).
b)       Media Sebagai Bahan Rujukan
Seseorang pengguna media tidak teragak-agak untuk cuba menerima maklumat daripada media sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Masyarakat menggunakan mesej-mesej yang diperoleh daripada media untuk dijadikan sebagai asas dalam usaha untuk memaiukan diri di masa-masa akan datang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa media sering dianggap sebagai bahan rujukan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat di Malaysia, contohnya apabila tiba musim pilihanraya, seseorang individu atau kumpulan tertentu akan bergantung sepenuhnya kepada media sebelum sebarang keputusan dibuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan oleh media mampu mendorong seseorang untuk bersikap natural atau tidak menyokong mana-mana pihak dan sebaliknya. Ketika negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masyarakat mendapatkan maklumat terkini mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi negara menerusi media massa. Dengan hal yang demikian, tidak hairanlah jika media massa sering kali dijadikan sebagai sumber rujukan.

c)        Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran
Tidak semua program-program di media massa terutamanya di kaca televisyen menjurus ke arah hiburan semata-mata. Ada di antara program-program tersebut yang memberi faedah secara langsung kepada masyarakat. Contohnya seperti rancangan MINDA di TV1, rancangan Cyberwave di TV3, Beyond 2000, dan banyak lagi. Menerusi rancangan-rancangan sebegini, masyarakat akan lebih terdedah kepada maklumat terkini mengenai sains, teknologi, dan sebagainya. Pertemuan-pertemuan terbaru dalam dunia sains juga tidak ketinggalan walaupun ianya merupakan rancangan yang diimport dari luar negara.

(rujukan: Othman M.Y. (2010) media dan isu alam sekitar, Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 1-17, Universiti kebangsaan Malaysia )

walaupun media banyak memberi fungsi dalam kehidupan seharian, namun kita hendaklah bijak menggunakan media dengan sebaik mungkin. penyalahgunaan media dalam masyarakat boleh memberi impak yang besar kepada individu mahupun sekelompok sesuatu masyarakat.


14 comments:

  1. saya bersetuju bahawa media sangat membantu dalam kehidupan seharian kita. media bukan sahaja kan memudahkan tugasan kita malah media banayak memberikan maklumat yang kita perlukan seperti sekiranya kita menetahui sesuatu isu tertentu. sekiranya kita tidak memperoleh apa yang kita inginkan melalui sesuatu medium tersebut, kita boleh mencari melalui medium yang lain sebagai contohnya sekiranya siaran berita di televisyen tidak menyiarkan berita yang kita inginkan, kita boleh memperoleh berita tersebut melaui medium yang lain seperti surat khabar ataupun internet. disini menunjukkan betapa media sangat berperanan dalam hidup kita.
    walau bagaimanapun, kita juga hendaklah bijak menggunakan media tersebut dengan baik dan tidak menyalahgunakan media bagi tujuan yang tidak baik.

    ReplyDelete
  2. Yes I do agree that the media play a bigger role in our everyday life. The most important element is on news updates and the way it had been delivered. The digital age has seen a drop in the amount of newspapers sold and the number of people reading these news sources since we can access for online newspaper. A high number of people prefer to access their profiles on social media first before visiting news sites. The reason for this is that friends and followers on social media platforms have become trusted source for news compared to traditional sources.
    Social media has greatly affected the way people spend their leisure time. Gone are the days when people frequented parks or libraries during their free time. However, with the rise in social media sites such as Facebook and Twitter, more and more people are logging in everyday just to interact and share information with friends and followers. Moreover, social media has also changed the way people socialize and interact with each other. Even though a large number of people still meet each other or new people through traditional venues such as cafes, parks and so on, more people are discovering friends via social media. So, it shows that there is an important role of media in our life.

    ReplyDelete
  3. Social media has greatly affected the way people spend their leisure time. Gone are the days when people frequented parks or libraries during their free time. However, with the rise in social media sites such as Facebook and Twitter, more and more people are logging in everyday just to interact and share information with friends and followers. Moreover, social media has also changed the way people socialize and interact with each other. Even though a large number of people still meet each other or new people through traditional venues such as cafes, parks and so on, more people are discovering friends via social media. So, it shows that there is an important role of media in our life.

    ReplyDelete
  4. Media plays an important role in our daily life. Media develop our critical thinking where we can access for more additional information. Media improve our skills and abilities through communication. Media improve our quality of live but because of certain individual that misuse the media so it impact others.

    ReplyDelete
  5. media merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan semua orang. ia boleh meningkatkan taraf hidup masing2.

    ReplyDelete
  6. Media sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian lebih2 lagi dalam era ini. Kehidupan kita bagai bergantung media dan kita tidak boleh lari daripada hakikat tersebut. Sebagai pelajar, pekerja, majikan, pensyarah mahupun pekerja kilang, kehidupan kita saling terikat dengan arus media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Media telah menjadi penting seperti duit dalam kehidupan kita.

      Delete
  7. tidak dapat dinafikan bahawa media merupakan medium yang semakin penting pada hari ini. dengan media lah kita dapat mengetahui maklumat dan sebagainya. namun begitu, setiap yang baik ada buruk nya. kerana kadang kala ada juga berita yang disampaikan oleh media yang tidak betul. keadaan ini membuatkan kita ragu-ragu kerana setengah media berkata itu dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Ya, dunia sekarang amat bergantung kepada media dalam melakukan pelbagai aktiviti. Walaupun media membawa pelbagai kemudahan kepada kita, tetapi kita tidak boleh menyalahgunakan malah harus menggunanya dengan cara yang betul dan tidak melanggar undang-undang.

    ReplyDelete
  9. Perkembangan media yang semakin pesat dengan pelbagai ciptaan inovasi baharu yang muncul membawa tahap kehidupan manusia kepada tahap yang sangat kompleks. Tidak dapat dinafikan bahawa media merupakan medium perantaraan yang efektif dan berkesan serta berterusan yang memberi manfaat kerana memudahkan rutin harian manusia. Kecanggihan media ini bergantung kepada manusia untuk mengadaptasikan manfaat dengan sebaik yang mungkin. Hal ini kerana masalah-masalah baik dan buruknya penggunaan media bergantung kepada sikap manusia sendiri. Adalah tidak adil menyalahkan fungsi media-media tersebut kerana fungsi media hanya memudahkan urusan dan kerja kita sahaja.

    ReplyDelete
  10. saya bersetuju dengan kenyataan tersebut yang mengatakn media massa memberi manfaat kepada kit. tetapi sekiranya kita tidak pandai mengawal diri kita daripada terpengaruh dengan apa yang dipaparkan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada kita. tidak dinafikan ramai dikalangan kita menyalahkan media massa kerana membawa pengaruh yang buruk tetapi ia tidak akan berlaku sekiranya kita pandai mengawal diri daripada terpengaruh dengan apa yang dipaparkan.

    ReplyDelete
  11. Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat. Oleh itu, kita sebagai audien atau pengguna media haruslah menggunakan media sebaiknya dan tidak menyalahgunakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga bersetuju dengan pendapat Elsie. Sekiranya media tiadak digunakan dengan baik maka akan mendatangkan keburukan kepada kita.

      Delete
  12. Media has become an integral part of our lives and can not be separated from it. Because through media we are able to get updates in a very rapid way regarding what has happening around us. At the same time, media provides and helps to gain more information to our knowledge. Therefore, we wont be lack behind and being up-to date. As a means of entertainment, we able to read and view the information media especially through the informative and documentary tv show. Which made us to be relaxed and entertain by gaining new information. Moreover, media can used to spread information easily. As a conclusion, media always stay connected within us no matter how and we should no the proper way to handle media as well. Thank You.

    ReplyDelete