Monday, April 28, 2014

Tips Memilih Antivirus

#Sambungan daripada entry mengenai Anti Virus Perminan Video Game...

Tips
Berkongsi sedikit tentang tips memilih antivirus. Kalau anda nak tau saya sendiri masih lagi tidak menggunakan antivirus untuk laptop, tak taula kenapa mungkin saya ni tak suka laptop kesayangan aku ini di scan. Tapi tak mengapalah lupakan tentang laptop i tuu.

Bagi saya antara perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.

  1. Mudah penggunaannya. Perisian antivirus yang baik mestilah mudah digunakan, tanpa memerlukan kemahiran dan pengetahuan kita.
  2. Efektif ketika mengenalpasti virus dan sebagainya. Produk antivirus terbaik dapat mengenali data-data yang terkena virus dengan cepat, mencari dan menemukan virus pada banyak tempat, termasuk email, web browsing dan sebagainya.
  3. Efektif ketika membersih atau membuang file yang terkena virus. Perisian antivirus yang baik mestilah mempunyai tiga perkara asas ini, membersih, menghapus dan mengkuarantin virus dengan baik.
  4. Antivirus yang baik akan mengeluarkan laporan dengan segera ketika anda sedang mengimbas komputer anda, dan memberi segala maklumat terperinci tentang virus yang dikesan.
  5. Antivirus yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi selain daripada mengimbas virus, seperti Auto-Scan, Kesan virus ketika melayari internet dan sebagainya.
  6. Anti virus yang baik mudah untuk dipasang di komputer anda.
  7. Antivirus yang baik mestilah mempunyai 'help', untuk pertanyaan melalui telefon,email, atau chat.
  8. Kalau mampu cari la antivirus yang berbayar, kerana banyak antivirus berbayar yang sangat bagus.
Ok. Itu saje tips yang boleh aku senaraikan. Harap anda mendapat menafaat dari entri saya ini. Selamat mencuba. Memandangkan saya tak mampu nak beli antivirus yang berbayar, Kalau anda sudi cadanglah pada saya antivirus percuma yang bagus.

16 comments:

  1. salah satu daripada tips yang boleh dianggap berguna untuk peminat tegar bagi games!! Sememangnya, dunia pada hari ini memerlukan wang untuk melakukan segala-galanya. Sampai nak pergi ke tandas pun memerlukan duit syiling 20#..hehe kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan software percuma yang amat berguna untuk kegunaan tertentu, sebagai contoh PERMAIAN VIDEO GAME..saya sudah mencubanya,ANDA pula bagaimana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ain.. Ramai dalam kalangan kita mengabaikan penggunaan antivirus ini kerana tidak sedar akan kepentingannya. Walaupun kita terpaksa mengeluarkan duit, tetapi ini demi kebaikan untuk melindungi sistem komputer/ smartphones kita.. dan sebagainya..

      Delete
  2. Perkongsian ini sangat bermakna kepada saya kerana saya boleh mengenali antivirus yang lebih baik untuk digunakan. Walaupun saya tidak menggemari permainan atas talian, namun saya boleh gunakan ilmu yang saya perolehi ini untuk komputer riba saya. Dengan ada antivirus yang baik, computer saya juga akan berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan dan myimpan apa-apa maklumat.

    ReplyDelete
  3. Hey..Seriously! Banyak juga manfaat antivirus ni. Lebih2 lagi apabila kita menggunakan laptop/komputer kita dengan kerap. Dari pandangan saya, memasang antivirus adalah penting dan perlu kerana ia bertugas sebagai pelindung untuk sistem komputer dan dokumen2 penting yang kita simpan. Jadi, saya berharap tips ini akan dijadikan panduan dalam memilih antivirus yang bagus dan melindungi komputer kita.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't really trust on antivirus. Because after I scan my laptop, it seems like the Virus still told that they are still in my laptop. Haha... But as the experience that Chai Yen said, it really can protect our documents, can detect the virus. But after the Antivirus Kaspersky expired, laptop saya kembali ke situation sebelum which is the "Virus seems like start to move freely in my laptop".

      Delete
    2. Haha..Quinn we are on same boat i guess because I'm also using Antivirus Kaspersky and recently it have been expired nearly month i guess. But still i never get a proper time to renew my Antivirus. Sometimes feel scared that it might cause me any problem while i'm busy using my PC everyday nowadays but still i keep on using it. Hope it wont trouble me that fast, let me finish up my fyp first. huhu

      Delete
  4. kalau boleh... tolong beli antivirus yg berdaftar. ini kerana baik untuk laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm..saya setuju dengan pandangan Nizam. Saya pernah membeli antivirus yang berdaftar bernama Kaspersky sebagai security laptop saya. Pada masa tu, laptop saya telah diancam oleh virus. Lepas install, semua virus yang dalam laptop saya semua dikesan dan berjaya dihapuskan sehingga tidak tertinggal apa-apa saja virus yang disembunyikan selama ini. software antivirus memang sangat penting untuk setiap komputer atau laptop dan alat-alat lain.

      Delete
    2. Ya, saya bersetuju dengan Nizam. After I read the information above, I realise that Antivirus really need to be have in our laptop.

      Delete
  5. secara jujur nya, saya tidak tahu langsung apa itu antivirus, ramai kawan bertanya kepada saya sama ada saya mempunyai antivirus atau tidak apabila mereka ingin mencucuk pendrive di laptop saya. dengan yakin nya saya menjawab bahawa laptop saya tiada antivirus dan saya tidak tahu apa itu antivirus. namun setelah kawan menerangkan sedikit sebanyak kepada saya, baru lah saya tahu apa itu antivirus.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kamu ni memang lucu..bahaya betul laptop kamu..:-)

      Delete
    2. Hahaha... I am in the same situation like you too. In my laptop got "antivirus", but I don't know whether it function or not. So every time to make safe to other pendrive and also their laptop, I just said my laptop got virus, I don't think is safe to cucuk your pendrive on my laptop, otherwise the virus will spread to your laptop later. Hehehe...

      Delete
  6. Penggunaan antivirus sebenarnya mendatangkan kebaikan kerana melindungi sistem fail laptop kita tetapi setiap antivirus tersebut perlu diupdatekan mengikut keperluan laptop juga. Sekadar penggunaan antivirus belum pasti dapat membersihkan sisa-sisa sampah, malware, cookies dan lain-lain menganggu sistem terdapat dalam laptop yang banyak penggunanya tidak tahu. Sampah-sampah ini juga mampu menyalinkan kewujudan virus sendiri dalam laptop kita. Oleh itu, penggunaan antivirus tidak cukup melindungi laptop atau komputer, penggunaan software protect lain dapat menambahkan keberkesanan melindungi laptop daripada virus, sisa-sisa sampah jaringan dan malware. Contohnya penggunaan software CCleaner dapat membersihkan sistem fail dengan berkesan selain dapat menghindarkan laptop daripada serangan virus. Malahan, software ini juga boleh digunakan utk proses intall dan uninstall laptop mengikut keperluan. NCH software juga dapat melindungi laptop daripada kemasukan virus kerana mengesan awal kemasukan virus dari jaringan dan secara automatik menghapuskan virus tersebut pada peringkat awal. Laptop saya menggunakan sofware ini, jadi saya tidak perlu fikir scan virus sebab kedua-dua software ini lebih awal mengesan dan membunuh virus itu secara automatik. Terima kasih..

    ReplyDelete
  7. anti-virus sangat membantu kita dalam melindungi laptop atau komputer daripada diserang oleh sebarang virus. sekiranya laptop atau komputer tidak mempunyai anti-virus laptop tersebut mudah di masuki oleh mana-mana virus dan sekiranya virus yang memasuki laptop atau komputer adalah virus yang merbahaya akan menyebabkan sistem di dalam laptop atau komputer mengalami masalah yang serius dan lama kelamaan laptop atau komputer tidak dapat digunakan lagi.. oleh yang demikian saya menyarankan anda semua supaya menggunakan anti-virus ini bukan untuk sementara tetapi untuk jangka masa yang lama.

    ReplyDelete
  8. Anti virus dapat melindungi komputer kita daripada sebarang kehilangan data tau dokumen penting yang disebabkan oleh virus. Oleh itu penting bagi kita untuk berjaga-jaga dan menyediakan software anti virus dalam komputer untuk sebarang kemungkinan atau serangan virus.

    ReplyDelete
  9. Thank you to shared the tips. I'm still way to learn about Antivirus actually. Haha...Hope i'm fully gets and understand the point in usage of Antivirus. Thank You.

    ReplyDelete