Sunday, April 27, 2014

Pembelian Barangan Secara Atas Talian atau Online?

 

"KENAPA HARI INI LEBIH BAGUS UNTUK MEMBELI BARANG SECARA ONLINE???"


Hari demi hari, barangan dengan mudah boleh didapati secara online mahupun di dalam ataupun di luar negara. Buku, baju, barangan elektronik, sebut sahaja, sudah ada di jual secara online. Barangkali yang masih belum terjual secara online di negara ini adalah daging mentah atau sayur-sayuran hehe. Jom bincang, kenapa harini ini lebih bagus jika kita membeli barangan secara online.

Jimat MasaTak dinafikan, banyak masa kita jimat dengan membeli barang secara online. Kalau kita ke shopping complex atau kedai untuk membeli barang, ia memakan masa kita untuk ke sana. Dengan pembelian secara online, kita tidak lagi perlu membuang ‘emas’ kita. Kita dah jimat masa kita.


Jimat WangSelain dari jimat masa, kita juga boleh jimat wang. Kita jimat minyak atau kos transportasi untuk ke tempat membeli barangan yang kita ingin beli. Selain dari itu, barangan yang dijual secara online kalau di lihat dengan teliti, adalah jauh lebih murah berbanding yang ada di tempat tempat yang menjual barang tersebut. Bukan sahaja murah, untung-untung kita dapat diskaun lagi dengan pembelian yang kita buat.

Banyak PilihanSelain dari kita jimat wang dan masa, kita punya banyak pilihan dari segi produk yang kita ingin beli secara online. Kita ambil contoh, di Zalora Malaysia hari ini, terdapat pelbagai jenis fashion dari pelbagai jenis jenama terkenal yang di tawarkan di laman web tersebut. Bukan sahaja kita ditawarkan banyak pilihan, malahan penghantaran di seluruh negara juga adalah percuma. Jadi kita rugi atau kita untung di situ? Ok, jangan jerit kalau setuju!!!

Pembayaran MudahKita tidak lagi perlu ke mesin ATM untuk cash out jumlah yang kita perlukan untuk membuat pembayaran keatas sesuatu pebelian, dengan pembelian barang secara on9, pembayaran sangat mudah semudah ABC. Banyak laman web eCommerce harini menyediakan perkhidamatan pembayaran mudah kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan perbankan internet bank pilihan mereka, menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, atau boleh juga secara cash on delivery. Mudah bukan? Satu lagi kelebihan pembelian barang secara online yang kita mungkin tak tidak perasan pada hari ini.

Mudah membuat perbandingan mana yang terbaik – Dengan adanya eCommerce, harini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan produk yang ingin kita beli dari segi harga dan spesifikasi sebelum membeli barang tersebut. Berbeza dengan kaedah tradisional iaitu ke kedai untuk membeli barang yang dikehendaki, kita mungkin akan hadapi banyak kesukaran untuk membuat perbandingan sebelum memberi kata putus untuk membeli barangan yang kita inginkan.


Banyak lagi rasanya point yang kita boleh huraikan mengenai kelebihan membeli barangan secara online pada hari ini. Tetapi den rasa, 5 point yang di sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang pembelian barangan secara online harini adalah sesuatu yang bagus untuk di praktikkan.


13 comments:

  1. Based on my opinion, i'm not a regular online purchaser but just purchase when the thing attracted me yet with a cheapest price. With that so far i just purchased a cosmetic set of MAC eye shadow and few saris. It really satisfied me. I don't think i'll out purposely to find and buy those things as i bought from online. That time only we will think about the time,energy and money we spend. So in order to make life easy, online purchase is the most easiest way to get what we are interested on. Sometimes, i do receives complain from others telling that it not worth to buy things through online because it wouldn't be the same or look similar as how we looked through the single picture as they promoted. But for me that is part of their experience towards online purchases. However, I just thank god as i never experience as them before because as far i bought everything was just satisfied me. I guess is based on what and to whom u purchased from and for sure we just need to put trust on what we bought.If first time it's disappointing you , it wouldn't be the same on second time. Therefore, just go for online purchases as it more easy to grab the unique stuff. Than you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya pernah membeli barang atas talian satu kali saja. Saya mempunyai pandang an yang hampir sama dengan Maleenee. Kadang-kala barang dalam online memang sangat menarik perhatian saya, tapi kebanyakan masa saya rela keluar pergi beli barang tersebut. Hal ini kerana pada pendapat saya, saya rasa online purchase soemthing is not safe, dan tak ada jaminan dari segi kualiti. Dan juga sometime membeli barang online mahal berbanding membeli di kedai atau shopping mall.

      Delete
  2. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam membeli secara online... tetapi menurut pendapat saya membeli secara online dapat mempermudahkan urusan dalam pembelian dimana kita tidak perlu susah-susah memikirkan tempat mana kita ingin membeli belah dengan kemudahan membeli belah secara online kita hanya perlu memilih barangan yang kita inginkan sahaja.selain itu juga pembelian secara online juga menawarkan harga yang berpatutan kadang kala barangan online lebih murah berbanding barangan di kedai-kedai.
    bukan itu sahaja membeli secara online juga dapat menjimatkan masa, wang dan sebagainya ini kerana kita tidak perlu susah-susah untuk mencari tempat membeli belah dan ia juga dapat menjimatkan masa kita kerana kita tidak perlu memperuntukkan masa yang lama untuk membeli barang yang diinginkan. walaubagaimanapun kita perlu berhati-hati dengan pembelian secara online ini kerana tidak semua pembelian online boleh dipercayai kadang kala mereka mengambil kesempatan keatas kita untuk mengaut keuntungan dimana penjualan online mereka adalah berbentuk penipuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sama dgn kamu, saya tidak pernah membeli barang secara online. Saya juga setuju dengan pernyataan-pernyataan kamu yang di atas.

      Delete
    2. Saya hanya ada satu kali saja pengalaman membeli online. Tapi saya memilih barang kesukaan saya then kawan saya yang tolong saya buat pembayaran. So saya juga bersetuju dengan pendapat anda. Kita betul- betul kena berhati hati semasa membeli barang online. Sebab technology semakin canggih pada zaman ini, dengan tidak berhati-hati akan mendatangkan banyak masalah, seperti masalah pemalsu maklumat. Tetapi pembellian online juga berfaedah juga, sebagai pengguna, kita harus menjadi seorang pengguna yang bijak dan mempunyai ilmu IT yang mencukupi.

      Delete
  3. Pada pendapat saya, membeli barang secara online memudahkan urusan dalam pembelian sesuatu barang. Pelanggan dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu pergi ke lokasi penjualan selain pembayaran online lebih mudah dan cepat. Selain itu, pelanggan senang untuk membuat pilihan dengan hanya mengklik menggunakan tertikus tanpa perlu berdiri dan berjalan memilih sesuatu barang di kedai yang mengambil masa lama. Pelanggan juga mudah mendapat info berkaitan dengan sesuatu barang seperti harga, diskaun dan pakej tambahan lain. Namun demikian, keburukan pembelian barang atas talian melibatkan pelanggan menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian wang. Hal ini kerana barang yang telah ditempah dan dibayar tersebut tidak mengikut seperti yang dijanjikan atau sebaliknya tiada langsung. Kadangkala sikap pelanggan mudah terpengaruh dengan iklan yang terdapat atas talian menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan. Oleh itu, sebagai pengguna perlulah mengenalpasti laman website tersebut sama ada sah atau tidak dan berhati-hati membeli barang atas talian supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

    ReplyDelete
  4. sememangnya membeli barangan atas talian adalah untuk memudahkan urusan, menjimatkan masa dan tenaga. namun bagi saya,kadang-kadang barangan atas talian ini kurang memuaskan. ataupun dengan kata lainnya indah khabar dari rupa. saya juga tidak mempunyai pengalaman membeli barangan atas talian, tetapi bagi saya lebih mudah apabila kita memilih sendiri barangan di depan mata sendiri daripada hanya melihat barangan tersebut di gambar. kita akan lebih berpuas hati dengan pilihan yang kita lakukan kerana kita boleh membandingkan barangan tersebut antara satu sama lain sebagainya contohnya kita membeli barangan seperti pakaian. seperti yang manisah katakan, ini juga bagi mengelakkan kita daripada tertipu dengan peniaga atas talian. pada kes hari ini juga sudah adanya wujud masalah ini. oleh itu, pengguna hendaklah bijak memilih saluran apa yang mereka inginkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sometimes we need to be careful so that we are not part of victim. Other than that, we have to be alert with the type of material, the price, quality, colour and size in order to fulfill our needs yet we often being cheated.

      Delete
  5. The most exciting part in our routine is shopping but when came across the revolution in technology, there are specific webpages which promoting their products for us to do the online shopping. As for me, i have experienced the online shopping especially for clothes. So far, i'm satisfied using web for purchasing since the quality, colour and size are satisfies me. I think i prefer to do online shopping because instead of driving around wasting oil and energy or spending hours on travel time I can just visit all the stores that i'm interested in at once. If you guys love knowing the latest styles, or having unique pieces then online shopping makes it easier to do so as well. As a nutshell, online shopping is a just simple way to purchase things.

    ReplyDelete
  6. pembelian dalam internet merupakan satu benda yang mudah. ttp semua pihak haruslah berwaspada dengan link online yg menipu pihak lain. shopping di mall sememangnya mahal tetapi boleh d percayai.

    ReplyDelete
  7. saya pernah membeli barang secara online. namun begitu, sebelum membeli barang tersebut, saya terlebih dahulu membuat survey kerana setiap barang yang dijual bukan tertakluk kepada seorang peniaga sahaja, malahan ramai yang menjual barang yang sama. sebagai contoh, produk kecantikan. bukan seorang peniaga sahaja yang menjual barang kecantikan di online namun ramai. oleh sebab itu, saya akan memilih peniaga yang paling saya rasakan percaya. kebanyakan barang online yang dibeli saya adalah daripada kawan-kawan rapat yang dikenali oleh saya.

    ReplyDelete
  8. To everyone, shopping is a definitely a stress breaker and to run- free yourself from daily routine. YES! Shopping is the favorite word of ladies who is always like to be up-to-date about their looks and frequently change their fashion sense. But i have no personal experience of online shopping and i think it is not safe mostly as we cant see the seller/ do not know their identity/ does not sure of getting the item we ordered especially according to our requirement.

    ReplyDelete
  9. Pada pandangan saya, pembelian secara online adalah lebih mudah dan cepat. Ini disebabkan segala urusan pembelian dilakukan terus pada satu masa. Urusan pembelian secara online dapat menjimatkan masa dan pengurusannya adalah lebih cepat serta tidak memerlukan kita untuk bergerak ke tempat lain. Semuanya diselesaikan di hadapan komputer sahaja. Namun demikian, kita perlulah berwaspada dan meneliti dahulu sesuatu laman web yang menyediakan pembelian barangan secara online ini bagi mengelakkan penipuan.

    ReplyDelete