Friday, April 25, 2014

Revolusi: teknologi dahulu dan sekarang





Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah di hujung jari. Kemajuan teknologi telah membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan baru manusia pada masa kini. Kemajuan tidak boleh dinafikan kerana penciptaan teknologi oleh kebijaksanaan

Akal fikiran manusia sentiasa berterusan. Oleh itu, pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan kemajuan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan atau kemusnahan alam sejagat.

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi begitu penting dalam pembangunan masyarakat sejagat. Kewujudan teknologi yang canggih telah menjadikan sesuatu perkara lebih mudah dilaksanakan. Lihat sahaja ciptaan teknologi seperti kereta, komputer, telefon dan teknologi lain-lain yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia yang banyak memberi manfaat. Contohnya manusia dapat memperolehi ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula mendedahkan dan memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu, manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kerja, kini sudah berubah. Kesimpulanannya, perkembangan teknologi memberi sumbangan ketara dalam kehidupan kita. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa kepada keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan teknologi dan sains.

Video diatas tersebut merupakan perbandingan kemajuan teknologi zaman dahulu dan sekarang. Diharap dapat memberi kepada kepada anda. Sila layari laman web  http://youtu.be/ffSIiCY7hHA

18 comments:

  1. There have been many revolution of technology has turned over. As been shown in video, most traditional communications media including hand phone, television,radio,computer and many more are reshaped and has redefined the functions as well. At the same time, the more the revolution are the higher the cost will be. As a conclusion, even though it's a type of revolution but for today money is what matter most in order to own the technology advancement.

    ReplyDelete
  2. Kemajuan teknologi adalah sesuatu yang tidak boleh kita elakkan dalam kehidupan kerana kemajuan teknologi akan berjalan sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Setiap inovasi dicipta untuk memberikan manfaat positif bagi kehidupan manusia dan memberikan banyak kemudahan, serta sebagai cara baru dalam melakukan aktiviti manusia. Khusus dalam bidang teknologi masyarakat sudah menikmati banyak manfaat yang dibawa oleh inovasi-inovasi yang telah dihasilkan dalam dekad terakhir ini. Namun demikian, walaupun pada awalnya teknologi diciptakan untuk menghasilkan manfaat positif, di sudut lain juga membolehkan digunakan untuk hal negatif yang ditimbulkan oleh manusia sendiri.

    ReplyDelete
  3. Dari video ini, ada perbezaan yang besar antara zaman dahulu dengan sekarang. Contohnya, televisyen dan komputer yang digunakan oleh pengguna menunjukan badan yang kurus dan badan yang gemuk pada masa ini. Ini bermaksud teknologi baru ini terlalu convenient kepada orang ramai dan menyebabkan pengguna semakin malas dan semakin gemuk. Ini merupakan isu kesihatan yang tidak baik kepada masyarakat terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Chai Yen, most of time we are feeling too much lazy especially when watching television, often at one place only. Sometimes even skip our healthy eating habit and often switch to snacks and instant foods which is rich in cholesterol.

      Delete
  4. Teknologi masa sekarang lebih menyebabkan manusia semakin malas. Mereka malas untuk bergerak. Ini kerana maklumat yang ada dlm televisyen dan internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. That's true nizam. Especially students who are always seek for infos for their self purposes. As i said, technology made life so easy and at the same time made people to use less brain or in a polite way being lack thinking skill. No matter how smart you are but still due to that laziness they made up to seek for infos through technology advancement.

      Delete
    2. I also got the same opinion. People even they are taking meals also still stick on internet to online. The worst is when they were talking to someone, they also press on the screen to reply the messages.

      Delete
  5. salah satu daripada punca terjadinya masalah kegemukan atau OBESITI adalah disebabkan oleh teknologi yang ada disekeliling kita. Sebagai contoh, jika kita bandingkan orang di zaman dahulu lebih aktif dalam menjalankan aktiviti seharian. Kita ambil contoh kanak-kanak pada hari lebih gemar unuk bermain "Game online" sebagai aktiviti riadah mereka. Aktiviti sebegini langsung tidak memberi manfaat kepada golongan muda, lalu kesihatan diabaikan. Di samping dengan pengamalan memakan makanan ringan sambil bermain game tersebut lalu menyebabkan masalah kegemukan yang melampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hal ini disebabkan mereka hanya duduk saja, hanya jari mereka yang bergerak, tetapi badan mereka tak bergerak. So lemak dalam badan mereka tak dapat bergerak juga. Lama kelamaan, mereka menjadi obesiti.

      Delete
  6. berikutan daripada perubahan teknologi menyebabkan manusia turut mengalami perubahan dimana mereka menjadi taksub kepada teknologi dan disebabkan oleh itu juga, teknologi fmenyebabkan manusia menyalahgunakan teknologi. Dengan adanya teknologi yang canggih menyebabkan manusia boleh melakukan apa-apa sahaja dan mereka lupa akan akibat yang mereka akan terima. Sebagai contoh jenayah siber ia akan menyusahkan semua pihak.

    ReplyDelete
  7. In my point of view, yes i do agree take technology brings a lot vigorous changes in our life. People are spending more time on playing computer games, using social networks for fun and knowledge, chatting and interacting with unknown people and making friends online. They don't think of going out and making real friends and facing them to face to face. Modern technology has replaced humans as the robots and the machine are doing the most of the jobs especially on production lines which was to be done by humans. Of course, this has increased the production in different field of business, but also increased the unemployment of youths because their creativity and skills have been replaced by computer. As a conclusion it make ourselves to become crazy and isolated with changes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree much with ya! technology is no more part of our life. It is OUR LIFE.

      Delete
  8. teknologi lama dan baru mempunyai kelebihan dan kekurangannya tang tersendiri. ada teknologi baru yang memberi kebaikan kepada kita,namun ada juga yang melalaikan sebagai contohnya seperti telefon pintar, ipad dan tab. disini, ada baiknya sekiranya kita masih menggunakan telefon biasa yang hanya boleh digunakan untuk menghantar teks dan membuat panggilan telefon tetapi ianya baik kerana mengelakkan kita daripada menjadi seorang insan yang mudah lalai.

    ReplyDelete
  9. jauh beza perbezaan zaman dulu dengan sekarang. zaman dulu boleh dikatakan semua barangan mereka bersaiz besar. sebagai contoh telefon bimbit mereka. hihi.. saya sempat mempunyai beberapa jenis telefon bimbit lama.

    ReplyDelete
  10. Technology~ It is our life now. There is no single work that can be done without using technology. Every deed needs/requires the usage of technology.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, technology has consume our life like money, if no money then we can survive, then now if there is no technology, we will satire by other that we are lacking behind. But technology also helps us in many ways.

      Delete
  11. Teknologi pada zaman sekarang yang semakin canggih membawa banyak faedah dan memudah kehidupan seharian kita. Ini kerana semuanya dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta menjimatkan kos. Akan tetapi, sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan ini sebaiknya, ia akan membawa kepada keburukan. Semuanya bergantung kepada individu bagaimana mereka menguruskan cara penggunaan dan masa mereka menggunakan teknologi pada hari ini.

    ReplyDelete
  12. Came here in 24/4/2020.. Terima kasih abang/achik yang dah buat video ni.. membantu sangat-sangat

    ReplyDelete