Monday, April 28, 2014

Tips Memilih Antivirus

#Sambungan daripada entry mengenai Anti Virus Perminan Video Game...

Tips
Berkongsi sedikit tentang tips memilih antivirus. Kalau anda nak tau saya sendiri masih lagi tidak menggunakan antivirus untuk laptop, tak taula kenapa mungkin saya ni tak suka laptop kesayangan aku ini di scan. Tapi tak mengapalah lupakan tentang laptop i tuu.

Bagi saya antara perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.

  1. Mudah penggunaannya. Perisian antivirus yang baik mestilah mudah digunakan, tanpa memerlukan kemahiran dan pengetahuan kita.
  2. Efektif ketika mengenalpasti virus dan sebagainya. Produk antivirus terbaik dapat mengenali data-data yang terkena virus dengan cepat, mencari dan menemukan virus pada banyak tempat, termasuk email, web browsing dan sebagainya.
  3. Efektif ketika membersih atau membuang file yang terkena virus. Perisian antivirus yang baik mestilah mempunyai tiga perkara asas ini, membersih, menghapus dan mengkuarantin virus dengan baik.
  4. Antivirus yang baik akan mengeluarkan laporan dengan segera ketika anda sedang mengimbas komputer anda, dan memberi segala maklumat terperinci tentang virus yang dikesan.
  5. Antivirus yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi selain daripada mengimbas virus, seperti Auto-Scan, Kesan virus ketika melayari internet dan sebagainya.
  6. Anti virus yang baik mudah untuk dipasang di komputer anda.
  7. Antivirus yang baik mestilah mempunyai 'help', untuk pertanyaan melalui telefon,email, atau chat.
  8. Kalau mampu cari la antivirus yang berbayar, kerana banyak antivirus berbayar yang sangat bagus.
Ok. Itu saje tips yang boleh aku senaraikan. Harap anda mendapat menafaat dari entri saya ini. Selamat mencuba. Memandangkan saya tak mampu nak beli antivirus yang berbayar, Kalau anda sudi cadanglah pada saya antivirus percuma yang bagus.

Anti Virus Untuk Permainan Video...

"ANTI VIRUS"
Anti virus pada komputer sememangnya diperlukan sebagai program keselamatan untuk menghalang serangan virus atau cecacing yang boleh merosakkan komponen dan juga dokumen yang disimpan.Pelbagai penyelarasan produk anti virus berkualiti dan komprehensif telah dihasilkan untuk kegunaan pengguna yang menginginkan kelancaran pengendalian pada sistem komputer mereka.Bukan setakat itu, pembangunan rangkaian perisian keselamatan bagi permainan video juga kini semakin dititikberatkan kesan daripada kegilaan terhadap aktiviti berkenaan.

Mengambil contoh Symantec Corp. (Symantec), syarikat penyedia penyelesaian sistem keselamatan Internet dan anti virus, baru-baru ini telah tampil dengan perisian Norton AntiVirus 2009 edisi permainan video.Tawaran terhadap edisi tersebut sebenarnya disasarkan khas untuk komuniti yang menjadikan permainan video sebahagian daripada aktiviti pengkomputeran mereka.Pelindungannya merangkumi pelbagai masalah antivirus melalui pelaksanaan sistem yang cepat tanpa gangguan terhadap pengalaman permainan video.

Menurut Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Symantec, Rowan Trollope, penggemar permainan video sememangnya memerlukan perisian keselamatan tersebut kerana mereka tidak mahu diganggu ketika melakukan aktiviti berkenaan.
"Oleh itu, melalui perisian ini, ia akan melindungi pengguna daripada sebarang gangguan sama ada secara dalam talian, prestasi atau paparan tetingkap yang tidak diingini.
"Dari segi antara muka pengguna pula, perisian ini menyediakan fungsi optimum untuk pengguna seperti pertukaran secara automatik kepada mod permainan video serta menyeimbangkan antara prestasi dan keselamatan,'' katanya.
Antara fungsi lain pada perisian tersebut adalah menjalankan proses sistem imbasan pintar secara intensif apabila komputer tidak digunakan.

Selain itu, perisian tersebut juga tidak akan mengganggu pemain ketika berada di tengah-tengah permainan dan hanya akan melaksanakan pengemaskinian apabila berada dalam mod skrin atau diarahkan oleh pengguna.
Dari segi keselamatan pula, perisian berkenaan boleh menghalang gangguan seperti virus, spyware, worms, Trojans dan juga perlindungan dari laman web yang berpotensi untuk menyebarkan bahan merbahaya itu.
Kelebihan pad produk tersebut juga adalah dari segi mudah untuk dipasang, penggunaan ruang kurang dari enam megabit (MB) dan juga masa imbasan kurang dari 35 saat.
kepada kaki-kaki permainan video download di laman web pengeluar Symatec

Read more: http://www.rahmanbashri.com/2009/01/anti-virus-untuk-permainan-video.html#ixzz30DKS3qjT

fungsi media dalam kehidupan seharian manusia?

melalui kenyataan di atas,apakan pendapat anda tentang fungsi media terhadap kehidupan kita. adakah media membantu ataupun akan lebih menyusahkan masyarakat? juga, apakah media memberikan fungsi yang baik dalam masyarakat?

pada pendapat saya, media sangat membantu dalam kehidupan seharian saya. namun pada masa yang sama media juga boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam sama yang singkat (menurut kamus Dewan). Encik Hamdan Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna' mentakrifkan media massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio, televisyen, alat rakaman, tayangan gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan media cetak iaitu akhbar, majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya.
Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat perhubungan di antara manusia dan manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan, pengajaran serta membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan. Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial


seperti yang kita sedia maklum, media sangat berfungsi dalam kehidupan sehari antaranya:

a)        Media Sebagai Sumber Maklumat
Media dianggap sebagai sumber maklumat utama bagi masyarakat Malaysia hari ini. Lebih 80% pelajar sekolah rendah menggunakan media dalam proses pembelajaran mereka. Manakala 60% orang dewasa menggunakan media sebagai cara untuk memilih pemimpin. Oleh yang demikian, media juga merupakan sumber maklumat yang paling percayai oleh masyarakat.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat menggunakan media dalam kehidupan seharian mereka. Faktor yang utama ialah media mampu memperkayakan lagi idea masyarakat terhadap sesuatu perkara. la juga memperagakan sesuatu keadaan secara lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti masyarakat. Ibu bapa pula menjadikan program-program di televisyen sebagai satu cara untuk melatih anak-anak mereka ke arah yang lebih dinamik dan pragmatik. Contohnya menerusi rancangan "Along", ia akan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berminat mempelajari kaedah untuk mengira, menulis, juga membaca (3M).
b)       Media Sebagai Bahan Rujukan
Seseorang pengguna media tidak teragak-agak untuk cuba menerima maklumat daripada media sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Masyarakat menggunakan mesej-mesej yang diperoleh daripada media untuk dijadikan sebagai asas dalam usaha untuk memaiukan diri di masa-masa akan datang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa media sering dianggap sebagai bahan rujukan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat di Malaysia, contohnya apabila tiba musim pilihanraya, seseorang individu atau kumpulan tertentu akan bergantung sepenuhnya kepada media sebelum sebarang keputusan dibuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan oleh media mampu mendorong seseorang untuk bersikap natural atau tidak menyokong mana-mana pihak dan sebaliknya. Ketika negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masyarakat mendapatkan maklumat terkini mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi negara menerusi media massa. Dengan hal yang demikian, tidak hairanlah jika media massa sering kali dijadikan sebagai sumber rujukan.

c)        Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran
Tidak semua program-program di media massa terutamanya di kaca televisyen menjurus ke arah hiburan semata-mata. Ada di antara program-program tersebut yang memberi faedah secara langsung kepada masyarakat. Contohnya seperti rancangan MINDA di TV1, rancangan Cyberwave di TV3, Beyond 2000, dan banyak lagi. Menerusi rancangan-rancangan sebegini, masyarakat akan lebih terdedah kepada maklumat terkini mengenai sains, teknologi, dan sebagainya. Pertemuan-pertemuan terbaru dalam dunia sains juga tidak ketinggalan walaupun ianya merupakan rancangan yang diimport dari luar negara.

(rujukan: Othman M.Y. (2010) media dan isu alam sekitar, Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 1-17, Universiti kebangsaan Malaysia )

walaupun media banyak memberi fungsi dalam kehidupan seharian, namun kita hendaklah bijak menggunakan media dengan sebaik mungkin. penyalahgunaan media dalam masyarakat boleh memberi impak yang besar kepada individu mahupun sekelompok sesuatu masyarakat.


blog yang anda suka dan tidak gemari... ??



entry ini adalah mengenai blog apa yang kami suka dan tidak suka. salah satu blog yang saya suka kunjungi ialah daripada blogger terkenal fatin liyana. beliau pernah seorang menjadi mahasiswa yang  sedang menjalani latihan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di bawah ijazah perubatan.  sekarang beliau adalah merupakan seorang doktor.

tulisan beliau pada mulanya hanya sekadar luahan isi hati, namun beliu tidak menyangka ramai yang telah mengikuti blog beliau sehingga beliau berjaya samapai ke tahap hari ini.
 apa yang saya gemari mengenai blogger ini adalah cara tulisan beliau yang lebih kepada tips kesihatan malah tips untuk menjadi seseorang yang cemerlang dalam hidup. bagi saya tulisan beliau banyak boleh dijadikan rujukan dalam kehidupan seharian kita.



tulisan beliau juga banayk menajdi inspirasi untuk seseorang lebih berjaya dalam hidup. walaupun tulisan beliau berbentuk sempoi, namun tulisan beliau sangat bernilai kepada masyarakat terutamanya mengenai tips-tips kesihatan yang beliau samapaikan.

manakala, salah satu blog yang saya tidak gemari ialah mengenai blog parti keadilan iaitu blog Anuar Ibrahim. blog beliau yang sangatlah menentang kerajaan itu, bagi saya amatlah tidak baik kerana cara beliau menentang kerajaan sangat memberi impak kepada masyarakat yang menjadi penyokong beliau. beliau adalah seorang yang sangat digeruni oleh masyarakat yang menyokong kerajaan kerana beliau boleh mengacau bilaukan masyarakat di Malaysia.

walaupun nama blogger fatin liyana sedang meningkat naik namun sememangnya Anuar Ibrahim lebih terkenal daripada beliau memandangkan beliau merupakan orang politik. malah beliau sudah berda ditampuk pemerintahan selama berpuluh tahun. pengalaman beliau dalam pelbagai bidang dan pelbagai cabaran yang beliau telah dan sedang hadapi menjadikan beliau seorang yang hebat di mata masyarakat terutamanya penyokong pembangkang. 

bagaimana pula dengan pendapat anda?

Sunday, April 27, 2014

Ragam MUKA BUKU????


Ragam Muka Buku @ F.A.C.E.B.O.O.K..

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Aku tertarik dengan video yang satu ini. Kawan aku shared this video kat FB dia. So, aku pun cari link asal video ini di youtube. Jumpa juga akhirnya. Video ini adalah hasil kreatif Shazreen Fazlynda. Video ini menceritakan pelbagai ragam pengguna Facebook yang mana, situasi yang dipaparkan adalah realiti bagi rata-rata pengguna Facebook. Memang ketawa aku tengok video. Oh ya, kalau korang rasa menyampah dengan gadis-gadis dalam video ni, sila abaikan mereka ya, yang penting mesej yang mereka cuba sampaikan. Terbaiklah..!!(motif sangat sebab tak tahu nk tulis ape lagi sebagai entry) ~ ~
Enjoy..
Adakah kita tergolong dalam ragam yang dimaksudkan di atas ini???
# Contoh dari Video: Shazreen Fazlynda YT

Pembelian Barangan Secara Atas Talian atau Online?

 

"KENAPA HARI INI LEBIH BAGUS UNTUK MEMBELI BARANG SECARA ONLINE???"


Hari demi hari, barangan dengan mudah boleh didapati secara online mahupun di dalam ataupun di luar negara. Buku, baju, barangan elektronik, sebut sahaja, sudah ada di jual secara online. Barangkali yang masih belum terjual secara online di negara ini adalah daging mentah atau sayur-sayuran hehe. Jom bincang, kenapa harini ini lebih bagus jika kita membeli barangan secara online.

Jimat MasaTak dinafikan, banyak masa kita jimat dengan membeli barang secara online. Kalau kita ke shopping complex atau kedai untuk membeli barang, ia memakan masa kita untuk ke sana. Dengan pembelian secara online, kita tidak lagi perlu membuang ‘emas’ kita. Kita dah jimat masa kita.


Jimat WangSelain dari jimat masa, kita juga boleh jimat wang. Kita jimat minyak atau kos transportasi untuk ke tempat membeli barangan yang kita ingin beli. Selain dari itu, barangan yang dijual secara online kalau di lihat dengan teliti, adalah jauh lebih murah berbanding yang ada di tempat tempat yang menjual barang tersebut. Bukan sahaja murah, untung-untung kita dapat diskaun lagi dengan pembelian yang kita buat.

Banyak PilihanSelain dari kita jimat wang dan masa, kita punya banyak pilihan dari segi produk yang kita ingin beli secara online. Kita ambil contoh, di Zalora Malaysia hari ini, terdapat pelbagai jenis fashion dari pelbagai jenis jenama terkenal yang di tawarkan di laman web tersebut. Bukan sahaja kita ditawarkan banyak pilihan, malahan penghantaran di seluruh negara juga adalah percuma. Jadi kita rugi atau kita untung di situ? Ok, jangan jerit kalau setuju!!!

Pembayaran MudahKita tidak lagi perlu ke mesin ATM untuk cash out jumlah yang kita perlukan untuk membuat pembayaran keatas sesuatu pebelian, dengan pembelian barang secara on9, pembayaran sangat mudah semudah ABC. Banyak laman web eCommerce harini menyediakan perkhidamatan pembayaran mudah kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan perbankan internet bank pilihan mereka, menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, atau boleh juga secara cash on delivery. Mudah bukan? Satu lagi kelebihan pembelian barang secara online yang kita mungkin tak tidak perasan pada hari ini.

Mudah membuat perbandingan mana yang terbaik – Dengan adanya eCommerce, harini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan produk yang ingin kita beli dari segi harga dan spesifikasi sebelum membeli barang tersebut. Berbeza dengan kaedah tradisional iaitu ke kedai untuk membeli barang yang dikehendaki, kita mungkin akan hadapi banyak kesukaran untuk membuat perbandingan sebelum memberi kata putus untuk membeli barangan yang kita inginkan.


Banyak lagi rasanya point yang kita boleh huraikan mengenai kelebihan membeli barangan secara online pada hari ini. Tetapi den rasa, 5 point yang di sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang pembelian barangan secara online harini adalah sesuatu yang bagus untuk di praktikkan.


Friday, April 25, 2014

Revolusi: teknologi dahulu dan sekarang





Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah di hujung jari. Kemajuan teknologi telah membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan baru manusia pada masa kini. Kemajuan tidak boleh dinafikan kerana penciptaan teknologi oleh kebijaksanaan

Akal fikiran manusia sentiasa berterusan. Oleh itu, pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan kemajuan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan atau kemusnahan alam sejagat.

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi begitu penting dalam pembangunan masyarakat sejagat. Kewujudan teknologi yang canggih telah menjadikan sesuatu perkara lebih mudah dilaksanakan. Lihat sahaja ciptaan teknologi seperti kereta, komputer, telefon dan teknologi lain-lain yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia yang banyak memberi manfaat. Contohnya manusia dapat memperolehi ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula mendedahkan dan memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu, manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kerja, kini sudah berubah. Kesimpulanannya, perkembangan teknologi memberi sumbangan ketara dalam kehidupan kita. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa kepada keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan teknologi dan sains.

Video diatas tersebut merupakan perbandingan kemajuan teknologi zaman dahulu dan sekarang. Diharap dapat memberi kepada kepada anda. Sila layari laman web  http://youtu.be/ffSIiCY7hHA

Thursday, April 24, 2014

The Usage of Technology in Education

Today technologies have affected every aspect of human activity and have a potential role to play in the field of education. Students today are connected to technology in education in ways that we could never imagine.

The need of new technologies in learning process are grows stronger and faster as it help to promoting opportunities of knowledge sharing throughout the world. These can help the students having up-to-date information and knowledge.

Moreover, using technologies students can decide about their studies, learning time, place and resources in a better way. These may include with either hardware or software technologies and facilitate teaching learning process as well. 

Technology changes the way of learning in lecture hall. Students are no longer bound, physically, by the bricks and mortar that surround them. Instead, they have at their fingertips the opportunity to explore the world.

In a nutshell, we have present a short video clip to be more specify of our topic discussion.

Kindly get your time to watch it and do feel free to drop your comment.
Thank You.

penggunaan media kepada kanak-kanak hari ini.

kanak-kanak pada hari ni sangat terdedah kepada media. media memberi pengaruh yang sangat besar walaupun kepada golongan celik ini. contoh media yang dimaksudkan adalah seperti televisyen. selain itu, kanak-kanak pada hari ini juga sudah tebiasa dengan teknologi yang semakin berkembang seperti ipad, telefon pintar dan tab. siapa sangka golongan celik ini juga sudah sangat terbiasa kepada teknologi sedemikian.

oleh yang demikian, amatkah digeruni sekiranya teknologi-teknologi yang ada ini akan memberi kesan buruk kepada mereka. sebagai contoh, saya ambil dari teknologi yang sudah sekian lama dalam masyarakat seperti televisyen. kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka tonton di televisyen. sebagai contohnya cerita kartun yang tidak sesuai untuk mereka dan juga rancanga-rancangan yang tidak sepatutnya seperti WWE.

selain itu, teknologi seperti ipad, telefon pintar dan tab pula boleh menyebabkan kanak-kanak akan sukar untuk menguasai penulisan. maksudnya disini ialah apabila kanak-kanak terlalu terdedah dengan media tersebut, iaitu semuanya merupakan teknologi skrin sesentuh jadi kanak-kanak akan sukar untuk menulis kerana sudah terbiasa dengan skrin yang sebegitu rupa dan bukannya berlatih menulis. hal ini akan menyukarkan sekiranya mereka masuk di awal persekolahan.

di sini saya banyak memberikan kesan buruk penggunaan media kepada kanak-kanak. oleh itu peranan ibu bapa tersangatlah penting di sini untuk sentiasa memerhati tindakan kanak-kanak. ibu bapa juga tidak seharusnya membiarkan kanak-kanak terlalu terdedah dengan media.

walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kesan positif penggunaan media terhadap kanak-kanak. media tersebut membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak sekiranya diberi pendedahan. selain itu, media juga boleh dijadikan sebagai agen pengasuh atau penjaga pada masa-masa tertentu. namun, disini juga penting dimana memerlukan pemerhatian yang sangat tinggi bagi ibu bapa bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

kesimpulannya, penggunaan media kepada kanak-kanak akan memberi kesan positif dan negatif kepada mereka bergantung dengan cara penggunaannya. oleh yang demikian, fungsi ibu bapa sebagai orang tengah sangat berperanan penting untuk membentuk kanak-kanak menjadi lebih baik. berkemungkinan anda mempunyai pendapat lain ataupun bersetuju dengan pandangan saya.

Tuesday, April 22, 2014

apa itu phobbing?


phobbing adalah merupakan satu sikap yang tidak mengendahkan orang sekeliling dan asyik melayan telefon bimbit pintar telah menjadi satu fenomena yang semakin membimbangkan khususnya kepada remaja hari ini.


hal ini sangat membmbangkan kerana takut akan menimbulkan kesan negatif kepada remaja yang sangat tededah kepada teknologi baru tersebut. oleh yang demikian hal ini hendaklah seharusnya dibendung dari awal lagi 



kami telah menghasilkan satu video yang boleh memberi sedikit maaklumat mengenai isu ini. diharap mendapat manfaat kepada sesiapa yang menonton. sila layari laman web https://www.youtube.com/watch?v=OO1wCnifDss





selamat menonton... =)

Sunday, April 13, 2014

adakah blog sering berkaitan dengan hanya kepada golongan atau kelompok tertentu?apakah pendapat anda?

di sini saya ingin membincangkan dimana adakah kewujudan sesuatu blog itu adalah untuk golongan atau kelompok terntu sahaja ataupun umum untuk semua yang ingin membaca. saya ingin memberi contoh satu blog yang boleh dikatkan dengan pembaca dari pelbagai bangsa dan agama, namun blog tersebut diwujudkan bagi menarik golongan sasaran mereka. contoh yang saya akan jadikan contoh di sini ialah Amie's Little Kitchen ataupun alamat blognya http://salamisimon1.blogspot.com/2013/08/tips-cara-menjaga-kek-lapis-supaya.html. 
AMIE'S LITTLE KITCHEN

blog ini diwujudkan oleh sepasang suami isteri iaitu Amie dan suaminya Salami Simon. Bagi blog ini semua orang boleh turut serta. mereka menumpukan kepada masyarakat yang suka kepada masakan dan mengetengahkan resepi-resepi yang boleh dikongsikan bersama. mereka juga boleh berkongsi resepi antara satu sama lain dan memberikan sebarang pendpat di ruang komen. 

pada pendapat saya perbezaan pendapat akan kurang berlaku dalam blog seperti ini juka dibandingkan dengan blog yang berunsurkan keagamaan ataupun politik. blog ini boleh menerima sebarang pandangan daripada pengguna dan pengunjung blog tersebut. pada pendapat anda adakah blog lain juga sedemikian ataupun sebaliknya?

Wednesday, April 9, 2014

Kebaikan dan Keburukan Blog

Apa itu Blog?
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannnya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan cirri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media social yang lebih luas.
Istilah “blog” merupakan kata lakur untuk perkataan “web” dan “log” (Web log). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog.”
Antara penyedia laman blog yang percuma dan popular ialah Blogger, Wordpress dan LiveJournal.
Kebaikan Blog:
          1. Perkongsian Maklumat
   Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, atau berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman web yang lain.

          2.  Boleh menambah kawan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan member komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesame mereka untuk mengeratkan silaturrahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.

          3. Boleh Menjana Pendapatan
Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain adalah seperti Adsense (Google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan product mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng ‘klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.

          4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif ataupun negative. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
Keburukan Blog:
          1.  Maklumat Palsu
Para pengunjung blog  haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar adalah palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada disedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa membuat siasatan akan kesahihan maklumat tersebut. Apabila ianya telah dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya member impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut.

         2. Alat untuk menjatuhkan seseorang
Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang terlibat dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Pelbagai maklumat peribadi dipaprkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut.

          3. Memecah belahkan masyarakat/Negara
Sebagai rakyat yang tinggal di dalam Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat  di negara ini. Isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan dihadapi oleh masyarakat dan Negara khususnya. Isu-isu ini boleh menngguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah Negara.

           4. Sebagai alat untuk penyebaran unsur-unsur tidak bermoral
Terdapat orang perseorangan yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di samping itu, cerita-cerita lucah dipaparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negative kepada mereka.

Ini adalah antara kebaikan dan keburukan blog. Maka, sewajarnya kemudahan seperti ini haruslah digunakan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

Thursday, March 27, 2014

Berita atas talian: baik dan buruknya...

Pada hari ini terdapat pelbagai bahan yang kita boleh perolehi di internet antaranya blog, surat khabar atas talian dan sebagainya. antara blog yang boleh dilawati seperti blog  http://kupukupukecik.blogspot.com/ yang merupakan kepunyaan Yuyu Zulaikha yang ada kalanya memberikan info-info terkini. 






Selain itu terdapat laman web yang memberi kita info-info terkini yang pelbagai seperti laman web Oh! media laman web tersebut bukanlah lawan web surat khabar online. Namun, maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam laman web tersebut secara tidak langsung memberi maklumat kepada sesiapa sahaja yang bertandang di laman web tersebut.





Laman web ini bukan sahaja memaparkan pelbagai info dalam bahan bacaan, malah Oh! media juga menyampaikan info di radio mereka sendiri. Laman ini mempunyai radio mereka sendiri sebagai media yang menghubungkan mereka dan pembaca sekaligus pendengar. 


                    


Manakala, bagi akhbar online pula, terdapat beberapa akhbar yang boleh didapati online sperti berita harian dan harian metro. Berita-berita ini disampaikan secara online bagi seseorang yang lebih gemar membaca secara online sekaligus memberi kemudahan untuk mereka mendapatkan berita-berita terkini. 

Kelebihan berita atas talian:
  • data atau berita disimpan dan boleh sewaktu-waktu dibuka kembali / arkib.
  • mempunyai kelebihan berbanding media cetak, kerana berita yang telah dibaca telah dapat dibaca ulang kembali, tidak seperti tv dan radio yang bersifat continue dan terus mengalir.
  • boleh dibuka dan dibaca di mana saja selama ada sambungan internet (sebagai alat pendukung), hal ini sangat menguntungkan bagi orang-orang yang ingin mengetehui sebuah berita namun mereka berada ditempat yang jauh. Misalnya mereka yang berada di Malaysia dapat mengakses berita yang berada diluar negeri melalui akses internet.
  • berita atas talian akan terus berkembang dan tidak hanya terbatas pada pengguna computer kerana saat ini berita atas talian boleh diakses melalu media handphone yang mempunyai kemudahan internet.
  • media online merupakan whole package kerana selain berupa teks, juga berupa animasi terutama pada iklan video, gambar dan audio.
  • para pengguna berita atas talian dapat saling berinteraksi satu dengan yang lain dengan cara memberikan komen satu dengan yang lain.
  • menjimatkan masa dan tenaga. 
  • berita yang diperolehi tidak semestinya betul.

 Kelemahan berita atas talian:

  • untuk mengakses internet memerlukan kos yang besar.
  • kurang praktikal untuk mengakses  kerana harus selalu dihubungkan dengan internet.
  • tidak semua masyarakat dapat mempergunakan teknologi internet (contoh: masyarakat yang kurang berkemampuan)
  • bila terlalu lama membaca  berita atas talian boleh membuat mata menjadi lelah dan boleh mengalami gangguan mata.
  • reporter lebih bekerja keras kerana dikejar deadline.

Seperti yang kita sendiri lihat kebaikan dan keburukan berita atas talian ini ada baik dan buruknya. Namun, setakat ini laman web yang sememangnya memaparkan berita-berita terkini agak boleh dipercayai daripada berita-berita yang disampaikan di laman sosial yang lain. Sebagai contoh yang terbaik seperti Facebook dan Twitter. Kebanyakan orang hanya ingin memutar belitkan kita daripada fakta sebenarnya yang seterusnya akan mengelirukan kita.

Di samping itu, laman web atas talian juga memberi peluang kepada masyarakat memberi pendapat mereka tersendiri bagi sesuatu isu tersebut. Oleh itu, kita sendiri hendaklah bijak untuk membuat tindakan yang baik dan yang tidak akan memberikan kemudaratan kepada kita. Akhbar-akhbar atas talian hari ini juga memberikan peluang untuk kita memberi sebaran pendapat di ruang yang disediakan. Oleh itu, pada masa yang sama, kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan pengunjung laman tersebut.

Oleh itu, adalah sebaiknya sekiranya kita mendapat sesuatu info dari laman web yang betul-betul boleh dipercayai sebagai contohnya laman web yang sememangnya menyampaikan berita-berita terkini dan juga mempunyai hubungan dengan akhbar sendiri seperti harian metro, berita harian sinar dan akhbar-akhbar lain. Hal ini kerana, laman yang mempunyai hubungan dengan akhbar selalunya menyampaikan berita yang benar dan boleh dipercayai.

Apakah hubungan antara media baru dan identiti?



Apakah pendapat anda mengenai entry kali ini? Media baru sebenarnya boleh mengubah seseorang individu menjadi individu yang lain. Pengaruh media memberi pengaruh besar kepada perubahan identiti individu. 

Media adalah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana (Heinich,Molenda, Russell,1981).

Media baru merupakan sebuah  istilah untuk menjelaskan penumpuan antara teknologi komunikasi digital yang berkomputer serta disambung ke dalam rangkaian . Contoh dari media yang sangat mewakili media baru adalah internet. Program televisyen, filem, majalah, buku, akhbardan jenis media cetak lain tidak termasuk media baru (Flew, 2005)

Manakala identiti pula suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.







Sememangnya media bari kini memberi impak yang besar dalam membentuk identiti seseorang individu. Tambahan lagi, mereka yang sangat mengemari untuk melaya laman sosial. Ada kalanya identiti mereka berubah mengikut apa yang mereka post di laman sosial mereka seperti Twitter, Facebook, Wechat dan sebagainya laman sosial yang sangat popular pada masa kini. Ada kalanya keadaan ini memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan yang terpendam.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang akan suka mengenai post dan ada kalanya membuatkan orang annoyed. Oleh itu, walaupun tujuan kita untuk meluah perasaan tetapi kita tetap memikirkan juga situasi orang lain. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Dan, bagaimana pula bagi anda mengenai media baru yang membentuk identiti kita yang pelbagai?

Wednesday, March 19, 2014

Class Activity: friend online consumption...

 
memalui apa yang telah dibincangkan ramai rakan-rakan menggunakan pengambilan atas talian bagi memudahkan sesuatu tugsan yang diberikan. melalui pengambilan atas talian pelbagai maklumat boleh didapati. selain itu, rakan juga menyatakan berapa lama mereka akan melayari laman sosial dalam sehari. rata-rata rakan melayari laman sosial 2 jam dalam sehari. ada dalam kalangan mereka menggunakan laman sosial untuk tujuan tertentu seperti untuk mendapatkan rakan baru, untuk bersembang dengan rakan dengan lebih mudah, untuk mendapatkan kepuasan dan juga ada dalam kalangan mereka hanya suka-suka melayari laman sosial. 

alat elektronik yang mereka selalu gunakan ialah telefon pintar dan komputer riba. namun mereka lebih cenderung menggunakan telefon pintar kerana lebih mudah dibawa ke mana sahaja. ada dalam kalangan rakan menggunakan laman sosial sebagai tujuan pendidikan. hal ini kerana laman sosial sering digunakan sebagai satu egen yang mudah sekiranya ingin membuat sebarang perbincangan.

ada dalam kalangan rakan yang menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk meluahkan perasaan walaupun mereka tahu tidak semua orang akan suka dan peduli apa yang mereka luahkan. walau bagaimanapun, pada masa yang sama mereka menggunakan kemudahan yang sedia ada ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan. ada dalam kalangan rakan lebih suka bercerita di laman sosial, namun ada juga dalam kalangan mereka yang lebih suka bercerita secara bersemuka.

rakan-rakan juga ditanya adakah mereka mudah berasa bosan semasa melayari laman sosial. namun, ada juga dalam kalangan rakan yang suka melayari laman sosial selama berjam-jam. jika ditanya kepada rakan berapa laman sosial yang mereka ada, purata besarnya mereka mempunyai lebih daripada satu laman sosial. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq7WkBRwEaKeD5O2IMSEnqEQPykW0TcBMqjNuRKWqiZM1KJy9qwGfL7xYKN6tq7XFfEIzP9aieoTFoNVgnD3NAGbYDAyKduh4SNK37i_uxmhwWEOemyXydmJ61GS7HfRE8WKQAe6vj3r4/s320/laman+sosial.jpg
 
melalui entry kali ini, pada pendapat anda, adakah laman sosial benar-benar memberi manfaat kepada kita?

Thursday, March 13, 2014

TEKNOLOGI KOMUNIKASI: INTERNET SATU KELEBIHAN ATAU KEMUDARATAN

Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Kemajuan teknologi komunikasi membawa kita kepada sesuatu perubahan kehidupan yang makin bertamadun dan berpengetahuan dalam pembangunan masyarakat sejagat. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan tentang kesan teknologi komunikasi sama ada membawa kepada kemajuan ataupun kemudaratan kepada masyarakat sejagat.

Teknologi komunikasi yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memudahkan semua lapisan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas kerana penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa batasan. Menurut McLuhan, perkembangan teknologi komunikasi telah mengubah dunia. Melalui perkembangan seperti kemudahan internet, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi yang pantas  akan menyediakan  warga dunia dengan maklumat mengenai kejadian dunai dengan pantas, cekap dan tepat.  Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dalam tempoh yang singkat. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon.  Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna. 


Manfaat Internet
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat penggunaan internet kepada manusia ialah:

  1. Maklumat
  2. Alat komunikasi
  3. Hiburan
  4. Penjimatan kos dan masa.
Kesan Internet yang  Boleh Memudaratkan
Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:
  1. Bebas melayari laman lucah
  2. Kurang fokus pada pelajaran
  3. Menyemai sifat malas
  4. Terdedah kepada jenayah siber
Kesimpulan
Namun disebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi ini, terselit suatu keburukan  yang jarang difikirkan oleh kita kesannya kepada pembangunan generasi kita terlalu besar kerana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni.